• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wee Wern Rangkul Kejuaraan Sulung Terbuka Malaysia

oleh
22/07/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas pemain nombor lima dunia, Low Wee Wern mendapat hadiah awal paling berharga sempena hari jadinya yang ke-27 tahun (25 Julai) apabila menjuarai Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia menewaskan pilihan keempat, Satomi Watanabe dengan straight set pada perlawanan akhir hari ini.

Pemain kelahiran Pulau Pinang yang mara ke final dari pusingan kelayakan, menampilkan aksi cemerlang di Pusat Skuasy Nasional di sini, untuk menundukkan pemain Jepun itu 11-8, 11-7, 11-4 dalam masa hanya 30 minit.

Ketika ditemui pemberita selepas perlawanan, Wee Wern berkata dia tahu Satomi akan menjadi pencabarnya sejak semalam dan telahpun menjangka perlawanan akhir tidak akan mudah dan dia perlu turun habis-habisan.

“…Tetapi hari ini saya sangat gembira kerana berjaya mengatasi cabaran. Saya membuat beberapa perubahan sejak tewas pada Kebangsaan Malaysia awal bulan ini dan ia ternyata berhasil untuk diri saya.

Memang selesa untuk bertarung dengan pemain yang telah biasa beraksi..kami berlatih bersama-sama di Pulau Pinang dan dia memang pemain yang cukup berbakat, beliau banyak bergerak. Tetapi saya sedikit lebih berpengalaman daripada Satomi,” katanya.

Kejayaan ini merupakan kemenangan yang kelapan dalam karier bagi Wee Wern. Kali terakhir beliau meraih kejuaraan ialah pada 2014 pada Terbuka China.

Sementara itu, dalam kategori lelaki, pemain Qatar, Abdulla Mohd Al Tamimi meraih gelaran sulung Terbuka Malaysia selepas menumpaskan pemain Hong Kong, Tsz Fung Yip 5-11, 12-10, 11-1, 7-11, 11-5 dalam masa 52 minit.

“Ia memang sukar untuk beraksi dalam peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir, jadi saya telah membuatb segala persiapan dalam minda saya.

“Set pertama saya agak gementar tetapi nasib baik dalam set kedua, saya dapat mencari rentak perlawanan dan tahap yang saya harus beraksi dan yang lain kemudian berjalan dengan baik,” katanya.

Sebagai juara, Wee Wern dan Abdulla membawa pulang hadiah, masing-masing USD2,346.50 (kira-kira RM9,534.66) dan USD5,866.25 (kira-kira RM23,831.64). – BERNAMA

Tags: Skuasy Terbuka Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wee Wern Berdepan Sivasangari Di Separuh Akhir

20/07/2018
0

KUALA LUMPUR – Bekas pemain nombor lima dunia, Low Wee Wern dan juara kebangsaan yang baharu, S. Sivasangari akan berdepan...

Sivasangari Mara Ke Separuh Akhir Terbuka Malaysia

19/10/2017
0

KUALA LUMPUR - Hanya S. Sivasangari meneruskan cabaran wanita negara dalam pusingan separuh akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia di Pusat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd