• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sivasangari Mara Ke Separuh Akhir Terbuka Malaysia

oleh AK-47
19/10/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hanya S. Sivasangari meneruskan cabaran wanita negara dalam pusingan separuh akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil.

Sebagai pemain senior Sivasangari tidak berdepan masalah menewaskan rakan sepasukannya Aifa Azman 11-9, 11-4, 11-3 pada perlawanan suku akhir hari ini yang berlangsung di gelanggang Arena Nicol David di sini.

Mengenai perlawanan itu, Sivasangari berkata beliau tetap menerima tentangan sengit daripada pemain junior, Aifa Azman terutamanya pada set pertama.

Sivasangari akan bertemu Satomi Watanabe dari Jepun yang menewaskan seorang lagi wakil negara, Rachel Arnold yang juga pemain pilihan kedua kejohanan dengan 11-4, 11-6, 11-7.

Untuk rekod pertemuan Sivasangari pernah menewaskan Watanabe sebanyak empat kali dalam lima pertemuan tahun ini.

Sivasangari berkata peluang untuk ke final pada kejohanan Terbuka Malaysia lebih terbuka kerana kebanyakan pemain yang bersaing adalah seangkatan dengannya termasuk pemain pilihan utama iaitu Zeina Mickawy dari Mesir.

“Semua pemain di sini akan menghadapi tekanan yang sama kerana saya, Satomi dan Zeina adalah satu kumpulan. Cuma saya bermain di tempat sendiri mungkin sedikit memberikan kelebihan…tetapi bukan mudah, saya harap akan beraksi di final,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Kali terakhir wakil wanita negara memenangi Terbuka Malaysia menerusi Datuk Nicol David pada 2013. – BERNAMA

Tags: S. SivasangariSkuasy Terbuka Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wee Wern Rangkul Kejuaraan Sulung Terbuka Malaysia

22/07/2018
0

KUALA LUMPUR – Bekas pemain nombor lima dunia, Low Wee Wern mendapat hadiah awal paling berharga sempena hari jadinya yang...

Wee Wern Berdepan Sivasangari Di Separuh Akhir

20/07/2018
0

KUALA LUMPUR – Bekas pemain nombor lima dunia, Low Wee Wern dan juara kebangsaan yang baharu, S. Sivasangari akan berdepan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd