• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ekspress Komuter Seremban-Nilai-KL Sentral Mula Rabu Ini

oleh
22/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Perkhidmatan Ekspress Komuter Seremban–Nilai–KL Sentral yang akan mula beroperasi Rabu ini adalah sebahagian usaha kerajaan untuk menggalakkan rakyat menaiki pengangkutan awam.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata perkhidmatan ekspres ini akan menawarkan satu trip sehala dari Seremban ke KL Sentral pada waktu pagi dan satu trip dari KL Sentral ke Seremban pada sebelah petang, dan hanya ditawarkan pada hari bekerja sahaja.

“Pada sebelah pagi, ia akan bermula di Seremban pukul 7.08 pagi, tiba di Nilai pada pukul 7.25 pagi, dan berhenti seminit untuk mengambil penumpang sebelum meneruskan perjalanan ke KL Sentral yang dijangka tiba pukul 8.19 pagi.

“Pada sebelah petang pula dari KL Sentral pukul 5.55 petang, tiba di Nilai pukul 6.50 petang dan dijangka tiba di stesen Seremban pada pukul 7.10 malam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Khidmat DUN Lobak, di sini hari ini.

Loke berkata buat masa ini tambang perjalanan yang dikenakan adalah sama dengan tambang biasa, iaitu dari Seremban ke KL Sentral RM8.70, Nilai ke KL Sentral RM7 dan Nilai ke Seremban RM3.60.

Beliau berkata perkhidmatan ekspres ini bukanlah sesuatu yang baru kerana ia pernah dilaksanakan sebelum ini namun diberhentikan beberapa tahun lepas.

“Saya berjumpa dengan pihak pengurusan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) sebulan yang lepas dan minta mereka untuk memulakan kembali perkhidmatan ekspres ini memandangkan ramai penduduk Seremban bekerja di Kuala Lumpur.

“Tren ini juga tren tambahan dan ia tidak menganggu jadual perjalanan tren sedia ada,” katanya.

Beliau berkata tren ini mampu memuatkan 1,118 penumpang pada satu-satu masa, iaitu 328 tempat duduk dan 790 muatan penumpang berdiri.

Ditanya kemungkinan tren ini menghadapi masalah menepati waktu perjalanan, Loke berkata beliau akan memastikan waktu perkhidmatan tren ini dipantau dan meminta pihak KTMB untuk menghantar laporan kepada pihaknya.

“Saya akan cuba pastikan tren ekspres ini sampai tepat pada masanya dan saya telah meminta pihak KTMB untuk membuat satu aplikasi web dan mobile untuk memudahkan para penumpang memeriksa waktu perjalanan tanpa perlu tunggu di stesen-stesen,” katanya.

Sementara itu, Loke berkata Pusat Khidmat DUN Lobak yang dirasmikan hari ini dijangka dapat memberi manfaat kepada lebih 20,000 penduduk sekitar. – BERNAMA

Tags: Anthony Lokekomuter
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk kerajaan memperkenalkan hukuman mati di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kes memandu di...

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP mengarahkan semua pemimpin dan wakil rakyat parti itu smembuat penerangan kepada masyarakat berhubung keseriusan krisis tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd