• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

A Aida Nikahi Jejaka 29 Tahun

oleh
22/07/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERKENALAN tiga tahun yang menimbulkan bibit cinta akhirnya menyatukan penerbit, Datuk A Aida, 47, dan jejaka pilihan hati, Ariff Aziz, 29, di sebuah hotel di sini, pada jam 8.50 malam tadi.

Dengan dua kali lafaz, Aida dan bintang drama Tundukkan Playboy Itu, selamat diijabkabulkan disaksikan kira-kira 300 tetamu dalam kalangan ahli keluarga, kenalan dan wakil media.

Majlis akad nikah Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang disempurnakan Iman Dua Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya, Mohammad Imran Nasohah.

Ariff atau nama sebenarnya, Wan Izma Ariff Abd Aziz menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 bersama tiga dulang termasuk wang hantaran RM20,000, cincin jenama Cartier seberat 1.42 karat dan beg tangan jenama Hermes.

Pengantin perempuan pula membalas lima dulang berupa jam tangan jenama Hublot, cincin, beg bimbit jenama Louis Vuitton, minyak wangi jenama Chanel, kuih-muih dan manisan.

Pasangan pengantin tampak berseri dengan busana sedondon putih.

Aida dan Ariff berkenalan sejak 2015 ketika menjalin kerjasama dalam beberapa projek drama terbitan A Aida Productions.

Bagaimanapun, bibit cinta mula bersemi sejak tiga bulan lalu selepas Ariff putus tunang. Melihat budi baik, sikap bertanggungjawab dan sempurna pegangan agama, Aida terbuka hati menerima lamaran Ariff.

Pada 4 Julai lalu, Ariff membuat kejutan dengan melamar Aida di sebuah restoran Arab di ibu negara, dengan memberi sebentuk cincin.

Majlis resepsi akan diadakan di rumah peranginan Aida di Janda Baik, Pahang pada 20 April 2019. Tarikh itu dipilih sempena ulang tahun kelahiran Aida yang juga ibu kepada tiga cahaya mata.

Ini adalah perkahwinan keempat Aida. – BH Online

Tags: A. AIDA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mas Khan Didenda RM17,000 Curi Wallet Kripto

08/07/2020
0

PELAKON filem Abang Long Fadil 2, Mas Khan didenda RM17,000 atau penjara 26 bulan jika gagal membayar denda itu oleh...

Bekas Suami A.Aida Dibebas Dengan Jaminan Polis

28/06/2019
0

AMPANG JAYA - Bekas suami kepada penerbit terkenal, Datuk A.Aida telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas memberikan kerja sama berhubung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd