• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mas Khan Didenda RM17,000 Curi Wallet Kripto

oleh
08/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON filem Abang Long Fadil 2, Mas Khan didenda RM17,000 atau penjara 26 bulan jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Majistret Ampang di Kuala Lumpur, hari ini bagi kesalahan mencuri wallet mata wang kripto bernilai RM213,805 milik penerbit filem Datuk A Aida.

Majistret Farah Nasihah Annuar menjatuhkan hukuman itu terhadap Mas Khan, 26, atau nama sebenarnya Mas Hidzir Khan Mas Fadzillah Khan selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah semasa sebutan kali ketiga kes itu.

Bagi pertuduhan pertama, pelakon itu didenda RM7,000 atau penjara 12 bulan manakala, denda RM10,000 atau penjara 14 bulan untuk kesalahan kedua.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa mencuri wallet yang merupakan mata wang kripto milik Zaidah Awang, 50, atau dikenali sebagai A.Aida tanpa izin bernilai RM59,804.15 dan RM154,000.85 di Taman Ukay Perdana, Ampang, Kuala Lumpur, pada 5 pagi 7 Mac 2019.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, pelakon itu yang diwakili peguam Surya Putra Mohamad Taufan memohon denda minimum atas alasan anak guamnya penanggung utama keluarga selain telah memberikan kerjasama baik kepada pihak berkuasa sejak awal siasatan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nur Intan Syakieraah Zakaria memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran mengambil kira keseriusan kes yang dilakukan dan jumlah kerugian dialami mangsa adalah tinggi iaitu lebih RM200,000. – BERNAMA

Tags: A. AIDAmas khanMata wang kripto
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

YGMB Sasar 10,000 Guru Jadi Ahli Setiap Tahun

Pengasas Tukaran Mata Wang Kripto Turkiye Dihukum Penjara 11,196 Tahun

09/09/2023
0

ISTANBUL: Pengasas Thodex iaitu platform tukaran mata wang kripto Turkiye yang melarikan diri ke Albania serta dua lagi adik-beradiknya, masing-masing...

Peniaga Rugi RM870,000 Pelaburan Mata Wang Kripto

Peniaga Rugi RM870,000 Pelaburan Mata Wang Kripto

17/07/2023
0

BAGAN SERAI – Seorang peniaga kerugian sebanyak RM870,000 setelah diperdaya oleh seorang wanita melalui pelaburan mata wang kripto yang tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd