• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Akan Diambil Terhadap Peniaga Ingkar

oleh
20/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan akan diambil terhadap peniaga ingkar yang didapati menaikkan harga susulan pelaksanaan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada September.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata; “kita serahkan aspek itu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk menjalankan penguatkuasaan dan tindakan yang sesuai terhadap sikap tidak wajar dan anti-nasional ini”.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan tengah hari Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di sini, hari ini.

Majlis itu diadakan sempena mesyuarat agung tahunan ke-72 ACCCIM.

Selain itu, Lim berkata, cukai korporat tidak dapat dikurangkan pada tempoh terdekat, sedangkan hutang negara kekal tinggi.

“Pada pandangan peribadi saya, kita perlu mengurangkan cukai supaya dapat menjadikan Malaysia lebih menarik. Lihat negara lain, mereka juga menuju ke arah aliran ini. Perkara ini (mengurangkan cukai) tidak mungkin dijalankan dalam tempoh terdekat disebabkan skandal 1MDB. Kita perlu memulihkan dahulu kewangan negara,” katanya.

Semalam semasa sesi Waktu Pertanyaan Menteri di persidangan Dewan Rakyat, Lim membuat kenyataan bahawa SST hanya akan merangkumi 38 peratus daripada kumpulan barangan Indeks Harga Pengguna (IHP) berbanding 60 peratus mengikut Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Beliau berkata, dengan melaksanakan SST yang telah ditambah baik kerajaan dapat ‘mengembalikan’ jumlah kutipan cukai kira-kira RM23 bilion kepada rakyat sekali gus mengurangkan beban kewangan khususnya mereka yang terkesan ekoran kos sara hidup tinggi. – BERNAMA

Tags: Lim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer membahaskan isu Tabung Haji (TH) di Parlimen hari ini didakwa mencerminkan DAP...

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai silap langkah kerana menolak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd