• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Pembalakan Di Janda Baik Akan Dibincang

oleh Cj Mnh
20/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENTONG – Perbincangan menyeluruh melibatkan jabatan dan kementerian relevan akan diadakan bagi mencari penyelesaian isu pembangunan dan pembalakan di kawasan pelancongan Janda Baik, di sini, kata Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji .

Beliau berkata perbincangan membabitkan Jabatan Perhutanan Pahang dan Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains Perubahan Iklim dan Alam Sekitar itu juga akan melibatkan projek laluan elektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang merentasi hutan sekitar Janda Baik ke Lenggeng, Negeri Sembilan.

“Saya akan memanggil pengarah perhutanan Pahang bagi mendapatkan maklumat termasuk laporan kajian impak alam sekitar (EIA) di sini yang difahamkan mendapat kelulusan sekitar Disember 2017 untuk penilaian semula pakar.

“Jika laporan yang disediakan menepati piawaian ditetapkan, sepatutnya tidak berlaku masalah, namun jika didapati ia disediakan secara longgar, kita harap penilaian semula dapat dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau projek pembangunan di Janda Baik, hari ini. Turut serta Anggota Parlimen Bentong Wong Tack dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari Young Shefura Othman. .

Projek laluan elektrik itu yang bermula sejak tahun 2015 telah mendapat bantahan daripada penduduk kerana didakwa menyebabkan kerosakan kepada alam sekitar selain mencemarkan air sungai yang menjadi tarikan pelancong ke kampung tersebut.

Tengku Zulpuri Shah berkata tindakan lebih tegas perlu diambil kerana masalah itu sudah disuarakan sejak tiga tahun lepas dan penduduk di situ bergantung sepenuhnya kepada industri pelancongan selain ada yang masih menggunakan sungai sebagai punca air.

“Saya melihat apa yang berlaku di sini sebagai kemusnahan yang tidak menyenangkan hati… ada hutan yang tidak perlu ditebang telah diteroka.

“Sepatutnya pihak terlibat membina jambatan untuk merentasi sungai, namun ia tidak dilakukan menyebabkan aliran sungai tersumbat. Pembalakan di bahagian atas juga menyebabkan air sungai keruh dengan lumpur menyebabkan parasnya semakin cetek,” katanya.

Sementara itu, Young Shefura berkata beliau telah menghantar surat pada 9 Julai lepas kepada semua pihak terlibat bagi mendesak aktiviti pembalakan dan pembangunan dihentikan serta merta, selain telah berjumpa pihak TNB.

Katanya, hasil perbincangan itu TNB telah memohon supaya diberikan tempoh sehingga 25 Julai untuk membersihkan semula kesilapan yang dilakukan dalam projek laluan elektrik tersebut.

“Mereka (TNB) ada laluan alternatif yang mahu dikemukakan kerana laluan itu kurang memberi kesan kepada alam sekitar yang tidak melalui atau berhampiran dengan anak sungai berbanding laluan sekarang yang mencemarkan empat anak sungai,” katanya. – BERNAMA

Tags: Janda BaikPembalakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Segera Bersih, Dalamkan Sungai Punca Banjir Kilat Janda Baik

14/05/2022
0

KUANTAN: Pemangku Raja Pahang menitahkan kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menyegerakan kerja membersih dan mendalamkan...

Banjir Kilat, Lumpur Di Janda Baik, 12 Keluarga Berjaya Diselamatkan

11/05/2022
0

KUANTAN : Beberapa kampung dalam kawasan Janda Baik, dekat Bentong di sini dilanda banjir kilat kira-kira pukul 5.30 pagi, hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd