• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zawawi Nafi Melobi Jadi Calon PRK Sungai Kandis

oleh
20/07/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni menafikan dakwaan kononnya beliau melobi supaya namanya dicalonkan untuk bertanding pada 4 Ogos ini.

Sebaliknya, beliau yang mesra dipanggil Ustaz Zawawi berkata pemilihan itu dibuat berdasarkan kepada sokongan akar umbi yang mahu dirinya bertanding dalam PRK tersebut.

“Saya tidak pernah melobi, bukan mudah untuk saya membuat keputusan ini berikutan mempunyai tanggungjawab dan komitmen termasuk sebagai pengetua sebuah maahad tahfiz di sini.

“…tetapi disebabkan atas beberapa kepentingan parti akhirnya saya bersetuju untuk menerima pencalonan ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Setiausaha Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR Pusat itu berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan beberapa pihak bahawa beliau melobi barisan pucuk pimpinan parti supaya dipilih sebagai calon pada PRK tersebut.

Dalam pada itu, Mohd Zawawi berkata beliau yakin dapat mempertahankan kerusi tersebut berikutan sokongan yang diterima bukan sahaja daripada parti, malahan daripada penduduk tempatan di DUN berkenaan.

“Saya yakin dapat kekalkan kemenangan YB (Yang Berhormat) Mat Shuhaimi Shafiei dengan penerimaan semua pihak termasuk parti yang menerima saya sebagai calon.

“Saya bertekad sekiranya menang, saya akan menyelesaikan beberapa isu pokok termasuk masalah longkang tersumbat, jalan rosak dan banjir yang sering melanda beberapa kawasan penempatan penduduk di sini,” katanya.

Malam tadi, Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan pemilihan Mohd Zawawi sebagai calon, ketika majlis pelancaran jentera PKR di sini.

​​​​Wan Azizah berkata pemilihan pengetua Tahfiz Maahad Tahfiz Al Fateh Jalan Kebun itu diharap akan dapat mengekalkan kemenangan PKR di DUN tersebut.

PRK berkenaan diadakan berikutan kematian Mat Shuhaimi pada 2 Julai lepas akibat kanser limfoma.

Penamaan calon ditetapkan esok. – BERNAMA

Tags: PRK Sungai KandisZawawi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRK Sg. Kandis Bukti Rakyat Tolak Isu Agama?

06/08/2018
0

SHAH ALAM - Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) mengucapkan tahniah kepada pengundi di Sungai Kandis kerana memberi kemenangan kepada Pakatan...

Kemenangan PRK Sungai Kandis Bukti Rakyat Percayakan PH

05/08/2018
0

ALOR SETAR - Kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Selangor semalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd