• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, December 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Naim Daniel Pernah Terfikir Nak Jadi ‘Viral’

oleh Ahmad Albab
20/07/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pelakon Naim Daniel berkata dia pernah terfikir untuk melakukan sesuatu agar apa filakukan itu menjadi tular.

Namun, Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 21, berkata dia menyedari perkara tersebut tidak akan memberi hasil yang baik.

“Saya pernah juga terfikir sepanjang dalam dunia hiburan ini tak ada lagi perkara jahat yang saya buat untuk jadi viral.

“Memang tidak dinafikan zaman sekarang, platform media sosial memainkan peranan penting. Apabila nama kita viral, senang nak dikenali.

“Tapi buat apa saya nak lakukan sesuatu yang tidak elok. Jadi, biarlah orang mengenali saya dari segi bakat yang ada,” katanya kepada mStar Online.

Naim ditemui ketika rakaman Showcase Muzik-Muzik 33 bertempat di Ground Floor Centre Court, IOI City Mall, di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Naim yang kini lebih memberi tumpuan pada bidang nyanyian memberitahu dia terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon.

Menurut penyanyi lagu Sekali Lagi ini, dia terpaksa mengorbankan bidang lakonan buat sementara waktu demi ‘periuk nasi’ baharu.

Naim lebih fokus pada bidang nyanyian.

“Ada beberapa tawaran lakonan saya terpaksa tolak sebab jadual tak sesuai. Memang buat masa sekarang ini, saya lebihkan bidang nyanyian.

“Sebab bidang ini adalah ‘periuk nasi’ baharu saya. Bagi saya, ini adalah pengorbanan yang perlu saya lakukan.

“Selepas lebih 10 tahun dalam lakonan, sudah tiba masanya saya mencuba sesuatu yang baharu dan meneruskan minat pada nyanyian,” ujarnya.

Selepas single pertamanya mendapat tempat di hati pendengar, Naim bakal tampil dengan single kedua tidak lama lagi. – mStar Online

Tags: Naim Danielpelakon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bicara Kes Amang Seksual Naim Daniel Bermula Hari Ini

Bicara Kes Amang Seksual Naim Daniel Bermula Hari Ini

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes penyanyi dan pelakon, Naim Daniel yang didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd