• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohd Zawawi Calon PKR Kerusi Sungai Kandis

oleh
20/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pengetua Maahad Tahfiz, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, dipilih sebagai calon PKR untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pada Pilihan Raya Kecil (PRK), 4 Ogos ini.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan perkara itu pada majlis pelancaran jentera PKR bagi PRK tersebut di Padang Rakyat Kampung Jalan Kebun, di sini, malam ini.

Wan Azizah, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata pemilihan pengetua Tahfiz Maahad Tahfiz Al Fateh Jalan Kebun itu, yang juga Setiausaha Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) PKR Pusat, diharap akan dapat mengekalkan kemenangan PKR di DUN itu.

“Saya tahu ramai rasa mereka layak dan boleh menang tetapi satu sahaja yang kita dapat letak sebagai calon PKR…kita nak kekalkan kemenangan PKR di DUN Sungai Kandis.

“Oleh itu saya mohon kita bekerjasama, tidak kira dipilih atau tidak (sebagai calon) bekerjalah untuk pastikan kemenangan PKR dan Pakatan Harapan demi memperkukuh Selangor,” katanya.

Seramai 51,217 pengundi berdaftar dijangka keluar mengundi pada PRK berkenaan yang diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Mat Shuhaimi Shafiei pada 2 Julai lepas akibat kanser limfoma.

Penamaan calon ditetapkan Sabtu ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lepas, Shuhaimi, yang mewakili PKR, mempertahankan kerusi DUN Sungai Kandis (dahulu Sri Muda) untuk penggal ketiga berturut-turut dengan memperoleh 23,998 undi untuk mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518), calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76).

Terdahulu, Dr Wan Azizah menyerahkan watikah kepada Mohd Zawawi sebagai calon PKR selain turut melancarkan jentera PRK parti itu.

Sementara itu, Mohd Zawawi, 47, memberitahu pemberita, pembelaan nasib rakyat ke arah lebih baik merupakan antara perkara yang akan ditekankan sepanjang tempoh berkempen.

Ini kerana, beliau berkata DUN Sungai Kandis terbahagi kepada banyak kawasan kampung dan pendekatan sedemikian dilihat wajar untuk disantuni terutama dalam isu tempatan seperti sampah, perparitan dan lampu jalan.

Katanya, walaupun aura kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan masih kuat selepas PRU14, beliau yakin isu yang diperjuangkannya mampu menarik undi kerana ia amat didambakan oleh rakyat di kawasan tersebut.

“Saya akan cuba laksanakan apa yang telah kami (PKR) rancang dulu iaitu untuk bela rakyat terutamanya golongan miskin sebab DUN Sungai Kandis banyak kawasan kampung.

“Selain itu, kita (jentera) akan meneruskan sahaja apa yang telah dilaksanakan dan perancangan oleh arwah Mat Shuhaimi sebelum ini,” katanya menambah tidak menjangka terpilih sebagai calon pada PRK berkenaan.

Mohd Zawawi, dalam pada itu, turut berterima kasih kepada kepimpinan tertinggi parti yang memberikan kepercayaan kepadanya untuk bertanding pada PRK tersebut. – BERNAMA

Tags: PRK Sungai Kandis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRK Sg. Kandis Bukti Rakyat Tolak Isu Agama?

06/08/2018
0

SHAH ALAM - Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) mengucapkan tahniah kepada pengundi di Sungai Kandis kerana memberi kemenangan kepada Pakatan...

Kemenangan PRK Sungai Kandis Bukti Rakyat Percayakan PH

05/08/2018
0

ALOR SETAR - Kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Selangor semalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd