• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia X Tempah 34 Lagi Pesawat A330 Neo Daripada Airbus

oleh
19/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – AirAsia X meningkatkan tempahannya dengan Airbus dengan menambah 34 pesawat A330 neo, menjadikan jumlahnya kepada 100 pesawat kerangka besar yang cekap bahan api.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Bhd Tan Sri Tony Fernandes berkata pesawat baharu itu akan menggantikan kumpulan pesawat yang lama dan membawa kepada pengurangan kos antara 11 dan 12 peratus.

Beliau berkata keputusan itu, yang bukan sahaja mengesahkan tempahan sedia ada membabitkan 66 pesawat A330 neo tetapi menambah 34 lagi, diikuti kemungkinan antara penilaian pesawat paling menyeluruh pernah dilihat dalam industri.

“Tempahan pertama akan terdiri daripada tiga pesawat penumpang A330 neo, akan diserahkan kepada Malaysia pada suku ketiga 2019.

“Pesawat A330 neo akan dikendalikan oleh AirAsia X dari pangkalannya di Malaysia, Thailand dan Indonesia,” katanya dalam pengumuman khas di sini hari ini.

Fernandes berkata urus niaga yang bernilai US$30 bilion itu akan dibiayai melalui aliran tunai dan pajakan.

“Kami melihat kepada 14 peratus penjimatan dari segi kos bahan api dan lima peratus penjimatan penyelenggaraan. Ini melibatkan banyak penjimatan,” katanya.

Semua pesawat A330 neo yang ditempah oleh AirAsia X adalah model A330-900 yang lebih besar, menawarkan keupayaan yang pelbagai untuk perkhidmatan tanpa henti ke Eropah, termasuk dari Kuala Lumpur ke London.

“Dengan pelan baharu ini, kita kini boleh pergi ke London. Kami bukan mengumumkan yang kami melancarkan penerbangan ke London, tetapi dengan pelan baharu ini, ia boleh berlaku,” katanya.

Fernandes berkata sebanyak lima atau enam pesawat lagi dijangka akan diserahkan kepada Thailand, Malaysia dan Indonesia menjelang 2020 manakala 10 lagi akan diserahkan kepada Indonesia dan Thailand, dan syarikat penerbangan itu menumpukan kepada pertumbuhan pasaran.

Mengulas lanjut, katanya kumpulan itu melihat kepada setiap aspek pesawat A330 neo daripada prestasi teknikal dan kebolehpercayaan kepada keselesaan penumpang.

“Jelas, ia merupakan pesawat yang sesuai bagi kami untuk mengembangkan rangkaian jarak jauh kami yang berkembang pesat dengan kos operasi yang rendah selain membolehkan penumpang melakukan perjalanan lebih kerap dengan kadar tambang yang amat kompetitif,” katanya.

Pesawat A330 neo adalah versi terkini kumpulan A330. Ia menggabungkan enjin Rolls-Royce Trent 7000 generasi baharu, sayap dengan optimum baharu dan peningkatan penggunaan bahan komposit ringan.

Sementara itu, AirAsia dan Airbus telah memulakan perbincangan untuk meninjau kerjasama bagi membangunkan pusat aeronautik perindustrian di Malaysia.

Projek itu akan bermula dengan cadangan kajian daya maju yang akan dilaksanakan selama 18 bulan, termasuk analisis teknikal, pemasaran dan kewangan yang terperinci, katanya. – BERNAMA

Tags: AirAsia X
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Tak Kata AirAsia Dapat Manfaat Prosedur ‘Offset’

07/02/2020
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak pernah menyatakan bahawa tuduhan pemberian rasuah ke atas AirAsia adalah transaksi...

Mahathir Kata Minta ‘Offset’ Bukan Rasuah

06/02/2020
0

PUTRAJAYA - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, permintaan mendapatkan timbal balas atau offset, adalah sesuatu yang lumrah dalam perniagaan asalkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd