• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Puji Sikap Profesional Kor Ming

oleh Cj Mnh
19/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat hari ini menyaksikan Timbalan Yang Dipertua, Ngar Kor Ming mendapat pujian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana bersikap profesional ketika mengendalikan persidangan.

Walaupun baru hari pertama menduduki kerusi itu, Kor Ming bersikap adil terhadap Ahmad Zahid (BN-UMNO Bagan Datuk) apabila menegur RSN Rayer (PH-DAP Jelutong) kerana tidak meminta izin terlebih dulu untuk memohon penjelasan ketika perbahasan menjunjung kasih usul titah diraja.

“Yang Berhormat, suka saya mengingatkan Yang Berhormat perlu minta izin sebelum bangun dan bercakap. Kita mesti mengikut peraturan. Sila duduk. Teruskan Bagan Datuk,” katanya.

Begitu juga apabila Rayer bangkit menggunakan Peraturan Mesyuarat untuk meminta Ahmad Zahid menarik balik perkataan ‘munafik’, Kor Ming tetap memberi peluang kepada Presiden UMNO itu untuk memberi penjelasan penggunaan perkataan itu.

“Ahli Yang Berhormat, beri ruang kepada Bagan Datuk membuat penjelasan,” katanya walaupun menimbulkan rasa tidak puas hati kalangan penyokong kerajaan.

Ahmad Zahid menjelaskan perkataan munafik yang beliau sebutkan sebagai merujuk secara umum iaitu kepada mana-mana pihak yang berjanji tetapi tidak menunaikan janji berkenaan.

Beliau turut memetik ayat al-Quran dalam Surah al-Kafirun yang bermaksud “bagi kamu agama kamu, bagi aku agamaku” dan meminta Rayer menghormati apa yang diperkatakan itu dalam konteks kepercayaan agama Islam.

Selepas mendengar penjelasan itu, Kor Ming memutuskan Ahmad Zahid tidak perlu menarik balik perkataan munafik kerana tidak merujuk kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atau mana-mana Ahli Parlimen.

Begitu juga apabila Rayer meminta Ahmad Zahid menarik balik perkataan kroni dalam Pakatan Harapan, Kor Ming dengan tenang meminta Ketua Pembangkang tidak diganggu untuk meneruskan ucapan. – BH Online

Tags: Ahmad Zahid Hamidipujian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Family Dinner Terima Pujian Netizen, Kukuhkan Hubungan Warga Pasukan

JDT Family Dinner Terima Pujian Netizen, Kukuhkan Hubungan Warga Pasukan

28/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Penganjuran majlis JDT Family Dinner yang dihadiri Pemangku Sultan Johor merangkap pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku...

“Comel, Berani!” – Titah Ucapan Raja Muda Johor Raih Perhatian Netizen

“Comel, Berani!” – Titah Ucapan Raja Muda Johor Raih Perhatian Netizen

10/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Rakaman video titah ucapan Raja Muda Johor, Tunku Iskandar Tunku Ismail yang dimuat naik di laman media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd