• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Inisiatif Baru Bagi Doktor Pelatih Jalani Housemanship

oleh Cj Mnh
19/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR,19 Julai (Bernama) – Beberapa inisiatif baharu akan dilaksana untuk memendekkan tempoh menunggu graduan perubatan bagi menjalani latihan siswazah (housemanship) termasuk menambah bilangan hospital latihan siswazah, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata mengikut perancangan kementerian, sebanyak lapan buah hospital sedia ada dalam proses penelitian untuk dijadikan hospital latihan siswazah dalam tempoh dua tahun akan datang.

Kementerian juga mengkaji perancangan untuk membenarkan pegawai perubatan siswazah (PPS) yang berprestasi tinggi menamatkan latihan mereka lebih awal daripada tempoh latihan dua tahun yang ditetapkan.

Buat masa ini, tempoh menunggu untuk menjalani latihan siswazah di hospital kerajaan adalah antara lapan hingga 11 bulan selepas mereka berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Menjawab soalan lisan Chang Lih Kang (PH-Tanjung Malim) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata hanya 67.1 peratus PPS sahaja yang berjaya menamatkan latihan siswazah dalam tempoh dua tahun manakala 32.9 peratus PPS lagi mengambil masa yang lebih lama akibat faktor peribadi dan kompetensi.

“Ini menyebabkan berlakunya backlog oleh kerana slot-slot latihan sedia ada mengambil masa yang lebih lama untuk dikosongkan,” katanya.

Dr Dzulkefly juga berkata dalam pada itu keutamaan juga akan diberi kepada PPS Kontrak yang berjaya menamatkan latihan siswazah dalam tempoh dua tahun untuk diserap masuk sebagai Pegawai Perubatan lantikan tetap.

“Ini bagi memberi insentif kepada PPS sedia ada untuk meningkatkan prestasi agar tamat dalam tempoh dua tahun,” katanya.

Mengenai isu penyerapan ke dalam perkhidmatan, Dr Dzulkefly berkata kementerian telah mengubah pelaksanaan pelantikan graduan perubatan secara tetap kepada lantikan secara kontrak mulai Disember 2016.

“Melalui pendekatan ini, semua graduan perubatan boleh dilantik tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan tetap. Sehingga 25 Jun, 2018, seramai 9,058 graduan perubatan dilantik secara kontrak bagi tempoh dua tahun,” katanya. – BERNAMA

Tags: Doktor Pelatihhousemanship
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gangguan Seksual: Polis Minta Doktor Pelatih Tampil Buat Laporan

Gangguan Seksual: Polis Minta Doktor Pelatih Tampil Buat Laporan

18/03/2024
0

Ipoh : Polis meminta mana-mana doktor pelatih yang mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang doktor di Hospital Raja Permaisuri Bainun...

Bakal Doktor Kerugian RM14,700 Diperdaya Macau Scam

05/09/2018
0

KUANTAN - Seorang pelajar wanita yang bakal bergelar doktor mengalami kerugian RM14,700 selepas diperdaya dipercayai oleh sindiket Macau Scam menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd