• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesilapan Mudah Punca PKNP Tewas

oleh
19/07/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kesilapan mudah selain bahagian serangan yang buntu menghasilkan jaringan menjadi punca PKNP tewas 0-1 kepada PKNS FC, kata pengendalinya, Abu Bakar Fadzim.

Beliau berkata, barisan pertahanan PKNP dilihat agak leka terutama pada awal babak pertama perlawanan dan mereka dihukum hasil serangan balas mengejut yang berjaya disudahkan awang import PKNS, Muhammad Faris Ramli.

Katanya, walaupun tersentak, PKNP cuba mencari gol penyamaan namun kebuntuan barisan serangan yang diketuai Franklin Anzite menyebabkan anak didiknya terpaksa berputih mata.

“Bagi saya, gol awal melalui kesilapan mudah yang dilakukan barisan pertahanan menyebabkan pemain jadi agak tertekan,” katanya dalam sidang media sejurus selesai perlawanan di Stadium Perak di sini, malam tadi.

Dalam perlawanan disaksikan kira-kira 2,000 penonton itu, Muhammad Faris yang juga pemain kebangsaan Singapura berjaya menjaringkan gol seawal minit ke-4 selepas menerima hantaran melalui tandukan rakan sepasukan, Rafael Ramazotti.

Abu Bakar berkata, meskipun akur dengan kekalahan itu namun beliau berharap PKNP akan dapat mencatatkan keputusan positif dalam baki dua perlawanan menentang JDT dan Kedah, masing-masing pada 27 dan 29 Julai ini.

​​​​​​​”Walaupun kita akan berdepan tugas getir, namun saya yakin dengan kemampuan pemain untuk mencatatkan keputusan positif sekaligus kekal dalam liga super sepertimana sasaran kita sebelum ini,” katanya.

Jurulatih PKNS, K. Rajagobal berkata, kemenangan yang dicatatkan itu amat penting walaupun para pemain gagal menunjukkan aksi terbaik sepertimana ditonjolkan ketika menentang Terengganu 14 Julai lepas.

“Saya rasa gol awal itu yang menyelamatkan kita. Pasukan tuan rumah juga beraksi dengan penuh semangat sehingga menyebabkan barisan serangan kita sukar untuk menambah jaringan walaupun terdapat beberapa peluang,” katanya.

Mengulas peluang PKNS untuk menduduki kedudukan tiga terbaik Liga Super, Rajagobal berkata, sasaran utama pasukannya adalah untuk memperbaiki kedudukan di musim lepas iaitu di tangga ketujuh. – BERNAMA

Tags: PKNP FC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perak Bangkit Catat Kemenangan Dramatik

27/05/2018
0

KUALA LUMPUR - Pertemuan Liga Super ‘adik abang’ antara Perak dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) berlangsung sengit dan...

PKNP FC Mahu Tamat Episod Kalah Berdepan KL

22/02/2018
0

KUALA LUMPUR - Pendatang baharu Liga Super 2018, PKNP FC mahu menamatkan episod kekalahan ketika melayani kunjungan Kuala Lumpur pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd