• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelepasan Akaun Najib Kerana Siasatan Selesai

oleh
19/07/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menjelaskan pelepasan pembekuan akaun bank milik bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ia tiada kaitan dengan siasatan SRC International Sdn Bhd (SRC International) dan juga 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Tindakan melepaskan pembekuan akaun tersebut bukan dilakukan atas desakan mana-mana pihak tetapi disebabkan siasatan terhadap akaun itu telah selesai dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan bahawa akaun bank peribadi milik bekas perdana menteri Najib tidak lagi dibekukan, sejak Isnin.

Sementara itu, SPRM berkata akaun-akaun bank lain milik Najib yang didakwa terlibat dengan SRC International dan 1MDB tidak dibekukan kerana akaun-akaun tersebut telah ditutup sebelum siasatan bermula pada Julai 2015.

“Ini bermakna, pembekuan akaun bank Najib berkaitan isu SRC International dan dana RM2.6 bilion ketika itu tidak dapat dilakukan kerana akaun berkenaan telah ditutup lebih awal sebelum siasatan dimulakan.

Sementara itu, SPRM menegaskan siasatan berhubung dana RM2.6 bilion masih diteruskan.

Pada 2 Julai lepas, Pasukan Petugas Khas 1MDB telah membekukan 408 akaun bank milik individu, parti politik serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang melibatkan dana RM1.1 bilion pada 26 dan 29 Jun 2018 lalu.

Akaun yang dibekukan turut membabitkan 81 individu dan 55 syarikat yang dipercayai pernah menerima dana daripada 1MDB.

Sementara itu, SPRM menjelaskan isu pembekuan dan pelepasan akaun bank Najib berikutan terdapat beberapa kekeliruan fakta yang dilaporkan oleh segelintir pihak menerusi media.

Berhubung dakwaan bahawa suruhanjaya ini mengadakan publisiti besar-besaran mengenai pembekuan akaun Najib dan menyepi apabila pembekuan akaun ditarik balik, SPRM menegaskan bahawa isu tersebut tidak timbul kerana suruhanjaya ini tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berkaitan pembekuan akaun.

“SPRM juga hanya mengesahkan pelepasan akaun tersebut apabila persoalan itu ditimbulkan oleh pihak media,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Nazifuddin membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bersetuju dengan pengiktirafan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd