• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilihan PKR: Azmin Belum Buat Keputusan

oleh
18/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata beliau masih belum membuat keputusan mengenai jawatan yang ingin ditandinginya pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bulan depan.

Timbalan Presiden PKR itu berkata beliau akan mengumumkan keputusan mengenainya kelak kerana keutamaannya kini adalah pada persidangan Parlimen yang sedang berlangsung dan berakhir 16 Ogos.

“Saya akan memberikan keputusan kemudian. Pada ketika ini saya hanya mahu fokus pada persidangan Parlimen. (Sebagai menteri) Saya mempunyai kewajipan untuk menjawab semua soalan yang diberi kepada kami,” katanya, yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor menawarkan diri bertanding jawatan Presiden PKR pada pemilihan parti Ogos ini.

Keputusan itu diambil selepas berbincang dengan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang merupakan penyandang jawatan Presiden PKR.

Sementara itu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata beliau menyokong penuh pendirian bapanya yang ingin bertanding jawatan Presiden.

“Sudah tiba masanya Anwar Ibrahim kembali aktif dalam politik dan memegang jawatan penting dalam parti. Ini kerana sebelum ini, Ketua Umum PKR itu telah dinafikan haknya (untuk aktif berpolitik) oleh kerajaan terdahulu.

“Keadilan itu juga perlu diberikan sama rata kepada semua pihak termasuk bekas Anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang menerima nasib sama,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Rafizi merupakan Naib Presiden PKR. – BERNAMA

Tags: Azmin Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd