• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis AS Tahan Suspek Pembunuh Bersiri

oleh Ahmad Albab
18/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHICAGO – Polis Texas menahan seorang lelaki disifatkan sebagai pembunuh bersiri kerana membunuh sekurang-kurangnya tiga orang dalam tempoh tujuh hari.

Jose Gilberto Rodriguez ditahan 14 minit selepas dikejar polis dan didakwa dengan dua pertuduhan membunuh.

Polis berkata, pertuduhan ketiga kerana membunuh dijangka dikemukakan hari ini sebaik bukti berjaya diproses.

Penduduk di pinggir Houston memaklumkan pihak berkuasa lokasi kenderaan milik lelaki berusia 46 tahun itu pagi semalam, beberapa jam selepas polis memaklumkan orang awam, seorang pembunuh bersiri masih bebas.

Polis menyifatkan Rodriguez sebagai orang diparol yang perlu dipantau peranti pengesan dipasang pada buku lalinya namun alat itu ditanggalkan beberapa hari sebelum dia melakukan jenayah.

Akhbar Houston Chronicle melaporkan, Rodriguez adalah pesalah seks disabitkan yang memiliki kesalahan lampau sejak 1989.

Tuduhan jenayah terkini dilakukannya mendedahkan kegagalan penguatkuasaan undang-undang tempatan untuk memburu pesalah parol kerana melanggar syarat pembebasan dari penjara.

Ketua Polis Houston, Art Acevedo dalam sidang media mendakwa, pihaknya berdepan kekurangan pegawai penguat kuasa undang-undang untuk memantau orang diparol.

“Kami mempunyai beberapa kes pesalah yang memotong alat pengesan dan tidak lama kemudian mereka melakukan pembunuhan,” katanya.

Polis berkata, Rodriguez ditahan tanpa insiden selepas kenderaannya dikejar dengan pistol turut dijumpai dalam kenderaan terbabit. – AFP/BH ONLINE

Tags: kes pembunuhanpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd