• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Dakwa Bayi 20 Hari Didera

oleh Cj Mnh
17/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Seorang wanita mendakwa bayi perempuannya yang berusia 20 hari didera sehingga meninggalkan kesan lebam dan gigitan.

Sehubungan itu, polis menahan seorang lelaki (bapa kepada bayi itu) berusia 34 tahun pada 7.50 malam semalam bagi membantu siasatan.

Menurut laporan polis yang dibuat oleh wanita berkenaan, bayi itu sering digigit oleh suspek di beberapa bahagian badan terutama kepala, hidung dan pipi selain suspek sering melambung serta menggantung bayi di buaian sehingga jatuh ke lantai.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata keluarga itu tinggal di Bumbung Lima di sini dan lelaki yang ditahan di perkarangan Hospital Kepala Batas berkenaan merupakan penagih dadah yang tidak bekerja.

“Terbaru lelaki itu didakwa menggigit kepala bayi mereka pada Rabu lepas sehingga meninggalkan kesan gigitan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata wanita itu membuat laporan polis semalam selepas bimbang keselamatan bayinya kerana lelaki terbabit pernah mengugut mahu menjual bayi berkenaan.

Noorzainy berkata hasil pemeriksaan dan rawatan, doktor yang merawat bayi itu mengesahkan kesan lebam gigitan pada kepala bayi telah hilang memandangkan kejadian telah beberapa hari berlaku.

Berdasarkan siasatan lelaki yang positif dadah itu bertindak sedemikian kerana bayi berkenaan kerap menangis, katanya sambil menambah suspek direman empat hari bagi membantu siasatan.
– BERNAMA

Tags: Dera BayiPenagih Dadah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jumlah Penagih Dadah Di Kuala Lumpur Berkurang Hampir 14 Peratus

Jumlah Penagih Dadah Di Kuala Lumpur Berkurang Hampir 14 Peratus

18/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,800 individu dikesan terbabit dalam penyalahgunaan dadah di sekitar ibu negara bagi tempoh tiga bulan pertama tahun...

Warga Emas Disyaki Tembak Penagih Dadah Cuba Curi Kelapa Sawit Ditahan

Warga Emas Disyaki Tembak Penagih Dadah Cuba Curi Kelapa Sawit Ditahan

06/10/2024
0

Selama : Warga emas ditahan polis bagi membantu siasatan selepas dipercayai melepaskan tembakan ke atas seorang penagih dadah yang mencuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd