• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kereta Curi ‘Terbang’ Rempuh Gerai

oleh Cj Mnh
17/07/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebuah kereta jenis Kia Forte berwarna putih dipercayai dicuri ‘terbang’ merempuh sebuah gerai berdekatan jejantas berhadapan Institut Latihan Perindustrian (ILP), di Jalan Kuchai Lama, di sini, kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Saksi kejadian itu, Mohd Nur Firdaus Mat Robi, 31, berkata sebelum rempuhan berkenaan, kereta itu yang dipandu laju dilihat ingin membelok dan membuat satu selekoh tajam ke kiri masuk Jalan Kuchai Maju 3 namun gagal berbuat demikian akibat kesesakan trafik dan kereta yang banyak.

“Kereta itu yang laju nak pusing kiri tak lepas, nak elak kenderaan lain menyebabkan Kia Forte itu rempuh gerai berkenaan.

“Hasil perbualan dengan beberapa anggota polis di sini, kereta itu dikatakan dicuri.

“Mangsa mengalami kecederaan agak teruk, sudah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan selanjutnya.

“Kia Forte itu pula akan ditarik oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan dihantar ke Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S. Lee untuk siasatan selanjutnya,” katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, pemilik gerai itu, Sariah Yakin, 58, berkata dia mendapat berita mengenai kereta terbang itu yang dilihat menyebabkan kerosakan gerainya hampir 80 peratus daripada penduduk sekitar.

“Saya biasa berniaga di sini jual kuih, selalu mula jual kuih jam 9.30 pagi.

“Sudah berniaga di sini lebih tujuh tahun, kejadian itu yang pertama seumpama ini.

“Ketika ini, anak cuba untuk membaiki gerai termasuk melihat apa langkah susulan perlu diambil susulan kejadian berkenaan,” katanya. – BhOnline

Tags: kereta curiterbang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mini Cooper Seperti ‘Terbang’ Sebelum Rempuh Lima Kenderaan

Mini Cooper Seperti ‘Terbang’ Sebelum Rempuh Lima Kenderaan

16/10/2025
0

JOHOR BAHRU: Gara-gara tertekan pedal minyak ketika ingin memasuki persimpangan Jalan Kuning, Taman Pelangi, di sini pagi tadi, seorang ejen...

AirAsia Terbang Semula Ke Tujuh Destinasi Di China

AirAsia Terbang Semula Ke Tujuh Destinasi Di China

13/02/2023
0

KUALA LUMPUR: AirAsia bakal melancarkan semula tujuh destinasi antarabangsa di China iaitu Macao, Shenzhen, Guangzhou, Kunming, Shanghai, Hangzhou dan Chengdu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd