• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mini Cooper Seperti ‘Terbang’ Sebelum Rempuh Lima Kenderaan

oleh Mohd Arshad
16/10/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Mini Cooper Seperti ‘Terbang’ Sebelum Rempuh Lima Kenderaan
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Gara-gara tertekan pedal minyak ketika ingin memasuki persimpangan Jalan Kuning, Taman Pelangi, di sini pagi tadi, seorang ejen insurans yang memandu kereta Mini Cooper terbabas dan melanggar lima kenderaan lain.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku jam 9.14 pagi ketika wanita berumur 49 tahun itu memandu dari arah Jalan Pingai.

“Ketika hendak sampai ke persimpangan jalan, wanita itu tersilap menekan pedal minyak sehingga terbabas dan melanggar lima kenderaan yang diletakkan di lot kedai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, katanya tiada kecederaan dilaporkan dan wanita itu negatif daripada pengaruh alkohol serta kes disiasat mengikut Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan 10 (1) LN 166/59.

Terdahulu, tular video berdurasi satu minit di media sosial yang memaparkan beberapa buah kereta rosak dengan kereta Mini Cooper itu berada di atas sebuah lagi kenderaan.

Mini Cooper seperti terbang

Sementara itu, saksi kejadian rata-rata terkejut menyaksikan detik cemas itu yang memperlihatkan kenderaan itu seolah-olah “terbang” sebelum terbabas dan melanggar deretan kenderaan yang parkir di kawasan itu.

Peniaga pisang goreng R. William, 60, berkata dia melihat kereta itu dipandu laju dari arah Jalan Pingai sebelum tiba-tiba ‘terbang’ dan melanggar kenderaan lain serta terdengar bunyi dentuman yang kuat akibat perlanggaran itu.

“Di sini banyak kedai makan, tetapi semasa kejadian ada kedai yang belum beroperasi, jika tidak mungkin kemalangan ini akan jadi lebih buruk,” katanya kepada BERNAMA di sekitar lokasi kejadian dan menambah proses mengalihkan kenderaan terlibat oleh pihak berkuasa selesai kira-kira pukul 10.30 pagi.

Pekerja swasta Samantha Ooi, 32, pula tergamam melihat kejadian itu, namun bersyukur tiada yang cedera mahupun terkorban dalam insiden terbabit.

Tinjauan Bernama di lokasi kejadian tengah hari tadi mendapati serpihan kaca kenderaan berselerakan di sepanjang laluan berkenaan.

Bernama-

Tags: mini cooperterbang
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

AirAsia Terbang Semula Ke Tujuh Destinasi Di China

AirAsia Terbang Semula Ke Tujuh Destinasi Di China

13/02/2023
0

KUALA LUMPUR: AirAsia bakal melancarkan semula tujuh destinasi antarabangsa di China iaitu Macao, Shenzhen, Guangzhou, Kunming, Shanghai, Hangzhou dan Chengdu...

Fenomena ‘Terbang’ Guna Barang Keperluan Harian

23/02/2019
0

SATU cabaran media sosial yang menyaksikan barang-barang kegunaan harian digunakan untuk mendapatkan rakaman di dalam pesawat menjadi fenomena di China....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd