• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mindef Kerjasama Penuh J/Kuasa Siasatan

oleh Ahmad Albab
17/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan akan memberi kerjasama penuh kepada Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan untuk menyiasat kementerian itu, kata Mohamad Sabu.

Menteri Pertahanan itu berkata pihaknya juga akan memberi kebebasan tanpa sebarang halangan untuk jawatankuasa itu mengenal pasti jika terdapat sebarang penyelewengan ke atas beberapa projek di bawah kelolaan kementerian itu.

Malah menurutnya beliau sendiri sedia memberi keterangan bagi membantu siasatan sekiranya dipanggil jawatankuasa itu.

“Saya difahamkan mereka akan melihat kepada kontrak-kontrak berkaitan (Kementerian) Pertahanan, kami beri kebebasan untuk menyiasat apa sahaja dan laporan siasatan akan diberikan kepada Kabinet untuk diambil tindakan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Semalam, Pengerusi jawatankuasa tersebut Tan Sri Ambrin Buang dilaporkan berkata mereka akan memulakan siasatan pertamanya ke atas Kementerian Pertahanan.

Menurut Ambrin, jawatankuasa yang ditubuhkan atas persetujuan mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 Mei lalu itu akan menyediakan laporan siasatan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Kabinet namun tiada tempoh masa yang diberikan kerana ia bergantung kepada proses siasatan. – BERNAMA

Tags: JAWATANKUASAMindef
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, hari ini melaungkan amaran tegas budaya hedonisme yang tidak berakhlak serta...

Kerajaan Ada Asas Kukuh Batalkan Sewaan Blackhawk – Khaled Nordin

Kerajaan Ada Asas Kukuh Batalkan Sewaan Blackhawk – Khaled Nordin

21/09/2025
0

PUTATAN: Kementerian Pertahanan (MINDEF) menegaskan pihaknya mempunyai asas kukuh membatalkan sewaan lima tahun membabitkan empat helikopter Blackhawk UH-60A buatan Amerika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd