• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Perlu SST, Laksana Semula GST – Khairy

oleh Cj Mnh
17/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin akan mengusulkan kepada kerajaan Pakatan Harapan agar tidak melaksanakan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Beliau berkata sebaliknya kerajaan perlu meneliti semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar peratusan yang lebih rendah.

“Saya akan menyentuh beberapa perkara penting untuk diambil perhatian oleh kerajaan dalam sesi perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat nanti dengan mengusulkan bahawa sebenarnya tak perlu untuk dilaksanakan SST.

“Cuma mungkin boleh dilihat sistem GST dengan kadar yang lebih rendah tetapi masih boleh membawa hasil yang sama kepada kerajaan dengan sistem percukaian yang lebih cekap,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen selepas perasmian pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-14 oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, hari ini.

Khairy yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan berkata beliau akan menjelaskan secara terperinci mengenai cadangannya itu dalam perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong nanti.

Sementara itu, Anggota Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan terus mengemukakan fakta-fakta berkenaan GST yang disifatkannya lebih diyakini, telus dan efisien berbanding SST.

Najib berkata rakyat semakin bimbang dan curiga dengan langkah pelaksanaan semula SST kerana dijangka kebanyakan harga akan naik sekurang-kurangnya 10 peratus bagi barangan dan enam peratus bagi perkhidmatan.

Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed pula berkata pembangkang mengambil maklum segala nasihat termasuk apa yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong terutama agar anggota Dewan menggalas tugas dengan amanah, jujur serta dedikasi.

“Kami selaku pembangkang, tidak kira daripada parti mana… yang penting ialah suara rakyat diwakili. Kami akan lakukan yang terbaik dan berikan komitmen penuh untuk memastikan aspirasi setiap rakyat Malaysia untuk mempunyai masa depan lebih baik, direalisasikan,” katanya.

Kerajaan mencadangkan kadar 10 peratus cukai jualan dan enam peratus cukai perkhidmatan di bawah SST yang akan diperkenalkan semula pada 1 Sept depan.

Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Rang Undang-undang (RUU) SST dijangka dibentangkan di Parlimen pada Ogos ini bagi menggantikan cukai GST dengan pengenalan semula SST dijangka menyumbang RM4 bilion kepada hasil kerajaan. – BERNAMA

Tags: GSTKhairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd