• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAIK Promosi Bayaran Zakat Melalui Telefon Pintar

oleh Cj Mnh
17/07/2018
dalam Gajet, Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) hari ini secara rasmi mempromosikan kaedah bayaran zakat melalui telefon pintar menerusi aplikasi MYMAIK eZakat Payment.

Timbalan Yang Dipertuanya Nik Mohd Azlan Abd Hadi berkata aplikasi itu sebelum ini menggunakan peranti pada komputer meja, komputer riba atau tablet, telah diperluas kepada bayaran menggunakan peranti telefon pintar apabila aplikasinya mula didaftarkan di Google Play pada 1 Dis 2016.

“Setakat ini ia telah dimuat turun oleh 1,438 orang pengguna dan MAIK telah menerima kutipan sebanyak RM113,237 walaupun penggunaannya masih belum diuar-uarkan secara besar-besaran,” katanya pada sidang akhbar Aplikasi Mobile Apps My MAIKeZakat Payment di sini, hari ini.

Nik Mohd Azlan berkata aplikasi itu diperluaskan selepas kejayaan MAIK melaksanakan e-zakat payment bermula pada 2011 hasil cetusan idea Yang Dipertua MAIK, Pemangku Raja Kelantan Dr Tengku Muhamad Faiz Petra.

Beliau berkata inisiatif itu bagi mempelbagaikan cara bayaran zakat selari dengan perkembangan teknologi terkini sekali gus memberi kemudahan kepada orang awam untuk menunaikan rukun Islam keempat itu dengan lebih mudah, cepat dan selamat.

Mengulas lanjut, Nik Mohd Azlan berkata aplikasi tersebut membolehkan pembayar zakat menunaikan kewajipan mereka dengan membuat bayaran secara debit atau kredit pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

“Selepas promosi aplikasi ini dilakukan secara berstruktur, kutipan zakat dijangka akan bertambah dan mampu melebihi sasaran kutipan RM180 juta pada tahun ini berbanding RM175 juta pada tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata bagaimanapun cara bayaran zakat sedia ada masih diteruskan seperti biasa termasuk melalui portal rasmi MAIK di www.e-maik.my dan kiosk yang disediakan di pusat mini pungutan zakat terpilih seluruh Kelantan.

Terdahulu beliau turut menerima zakat berjumlah RM538,448 daripada Felda Global Ventures Berhad yang diserahkan oleh Pengurus Sumber Manusia syarikat tersebut, Ilyas Helmi Mohd Yusof.

Untuk rekod, sejak Januari hingga semalam, MAIK berjaya mengumpul kutipan zakat sebanyak RM112,154,523. – BERNAMA

Tags: MAIKZakat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

21/11/2025
0

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan 60 peratus penerima zakat di negeri itu sebenarnya terdiri...

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

19/10/2025
0

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan reman seorang bekas kakitangan badan berkanun kerana disyaki terbabit rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd