• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Sg. Kandis: UMNO Perlu Letak Calon Tempatan

oleh Cj Mnh
16/07/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Tindakan meletakkan calon pilihan raya kecil (PRK) untuk pertama kali dalam keadaan UMNO tidak mempunyai kuasa di peringkat pusat menjadi cabaran getir bagi parti itu dalam mengembalikan kepercayaan rakyat.

Sehubungan itu, Naib Ketua Pemuda UMNO Kota Raja, Rafify Ramlan, berkata kepemimpinan tertinggi parti seharusnya meneliti pelbagai faktor dalam menentukan calon yang sesuai di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.

Beliau berkata, khabar angin yang mengatakan calon luar akan diletakkan di DUN berkenaan hanya akan menyukarkan jentera UMNO sepanjang tempoh berkempen berbanding jika diletakkan calon tempatan yang lebih dikenali oleh akar umbi.

Katanya, pengundi UMNO dan BN mahukan calon tempatan ditampilkan dan DUN Sungai Kandis tidak ketandusan pemimpin yang berwibawa untuk diangkat sebagai calon.

“(Seperti yang berlaku sebelum ini), Kota Raja bukanlah tempat asing untuk menerima calon luar sejak PRU-13 (Pilihan Raya Umum Ke-13) lagi. Calon di kerusi itu pada PRU-13 hanya mengetahui beliau dicalonkan pada hari penerimaan watikah, hasilnya calon berkenaan kalah ribuan majoriti dengan PAS.

“Pada PRU-14 lalu, calon Parlimen Kota Raja hanya mengetahui beliau dicalonkan dalam tempoh kurang 24 jam sebelum watikah diberikan dan kesannya calon itu tewas lebih 70,000 undi kepada (Menteri Pertahanan), Mohamad Sabu.

“Indikator berkenaan cukup jelas untuk dijadikan ukuran buat pemimpin parti dalam meletakkan calon di Sungai Kandis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rafify berkata, kalah atau menang UMNO di Sungai Kandis tidak akan merubah landskap politik di peringkat negeri ataupun pusat.

“Walau apapun keputusan pucuk pimpinan parti dalam tempoh sehari dua ini kami tetap akan menghormati keputusan berkenaan,” katanya.

Pilihan raya kecil (PRK) DUN Sungai Kandis diadakan 4 Ogos depan selepas kematian penyandangnya, Mat Shuhaimie Shafie akibat kanser limfoma awal Julai ini. – BhOnline

Tags: calon tempatanPRK
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

15/08/2024
0

Amanah pada umumnya sedia memberi laluan kepada parti dalam kerajaan perpaduan yang menjadi penyandang untuk dicalonkan dalam mana-mana pilihan raya...

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

06/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd