• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ditahan Polis Sebelum Sempat Pecah Rumah

oleh Ahmad Albab
14/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan pantas polis berjaya menghalang dan menahan sekumpulan geng pecah rumah dan curi kenderaan daripada terus melakukan aktiviti jenayah itu.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata kumpulan penjenayah yang terdiri daripada tiga lelaki berumur lingkungan 37 hingga 48 tahun itu diberkas pada 6.30 petang semalam.

“Bertindak atas maklumat yang diperoleh, kita berjaya mengesan dan menahan sebuah kereta yang dinaiki oleh tiga lelaki ini dalam keadaan mencurigakan di kawasan berhampiran Pasaraya Mydin, Bandar Teknologi Kajang.

“Ketika pemeriksaan dilakukan, pemandu kereta bertindak agresif, cuba melarikan diri dengan melanggar kereta pasukan polis. Bagaimanapun, kita berjaya memberhentikan kereta berkenaan walaupun terdapat pergelutan antara suspek dengan polis ketika tangkapan dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati dua daripada suspek turut mempunyai masing-masing 10 dan tujuh rekod jenayah serta pernah dipenjarakan atas kesalahan dadah dan jenayah pecah rumah.

Dzaffir berkata kereta jenis Honda yang dinaiki suspek merupakan kereta curi dan dilaporkan hilang di daerah Nilai, Negeri Sembilan selain ketiga-tiga suspek turut positif dadah jenis methamphetamine.

Beliau berkata polis turut menemui pelbagai jenis telefon bimbit, komputer riba, sejumlah wang tunai termasuk matawang luar negara, beberapa dokumen peribadi, barangan kemas dan peralatan pecah rumah.

“Melalui suspek, polis juga berjaya mengesan sebuah lagi kereta jenis Honda HRV yang telah dilaporkan hilang di kawasan Bandar Teknologi, Kajang, Isnin lepas,” katanya.

Dzaffir berkata suspek juga turut mengaku bahawa mereka telah melakukan jenayah pecah rumah di kawasan Cheras Perdana, Batu 9 Cheras dan Kajang baru-baru ini.

Beliau turut menjelaskan hasil penahanan kumpulan ini, pasukan polis IPD Kajang telah berjaya menyelesaikan tiga kes yang disiasat membabitkan kes pecah rumah dan larikan kenderaan di Kajang dan Nilai, Negeri Sembilan serta kes pecah rumah di Cheras Perdana.

“Dipercayai, kumpulan ini banyak terlibat dalam kes pecah rumah di sekitar Lembah Klang dan siasatan lanjut akan dijalankan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kes Pecah Rumahpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd