• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Umum Nama Speaker, Tidak Jejas Persidangan

oleh Ahmad Albab
14/07/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Persidangan parlimen tidak akan terjejas berikutan pengumuman nama speaker belum dibuat walaupun mesyuarat pertama akan bermula Isnin depan.

Menteri Sumber Manusia M.Kula Segaran berkata tindakan pihak yang sengaja mensasikan isu tersebut dilihat sebagai bertujuan mengalihkan perhatian rakyat daripada isu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Persidangan (Parlimen) tidak akan terjejas. Terdapat peraturan tertentu yang harus diikuti.

“Bagi kami (Pakatan Harapan) buat kerja kami, walaupun baru dua bulan (jadi kerajaan) tapi kami yakin boleh menjawab semua soalan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kaunter Khidmat Rakyat Kementerian Sumber Manusia di Pasar Besar Ipoh di sini, hari ini.

Kula Segaran yang juga anggota Parlimen Ipoh barat mengulas mengenai tular menyatakan kelewatan mengumumkan nama speaker adalah menyalahi Peraturan Majlis Mesyuarat Perkara 3 dan 4 iaitu nama calon perlu diberikan kepada Setiausaha Dewan Rakyat dalam tempoh sekurang-kurangnya 14 hari sebelum mesyuarat.

Mengulas program hari ini Kula Segaran berkata ia mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai kerana diadakan di tempat tumpuan masyarakat termasuk pasar awam.

“Mungkin selepas ini kita akan adakan di pasar malam supaya lebih ramai boleh datang dan berkongsi masalah mereka,” katanya.

Menyentuh mengenai portal JobsMalaysia 2.0 yang dilancarkan 12 Julai lalu, Kula Segaran berkata ia bertujuan sebagai pusat sehenti yang menyediakan maklumat pasaran kerja kepada orang ramai.

Katanya berdasarkan rekod, jumlah pencari kerja aktif dalam negara adalah seramai 241,057, manakala kekosongan aktif adalah sebanyak 114,138 jawatan. – BERNAMA

Tags: M KulasegaranSpeaker Dewan Negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rais Yatim Dilantik Speaker Dewan Negara Ke-18

02/09/2020
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim dimasyhurkan sebagai Yang Dipertua Dewan Negara...

24,600 Hilang Kerja Sejak Sembilan Bulan Lalu

07/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Laporan daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) mendapati 24,600 pekerja diberhentikan majikan bagi tempoh Januari sehingga September lepas,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd