• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shaqiri Sah Milik Liverpool

oleh Ahmad Albab
14/07/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LIVERPOOL mengesahkan sudah memuktamadkan rundingan dengan Xherdan Shaqiri dari Stoke City.

Rundingan antara Stoke dan Liverpool berhubung tawaran bernilai 13 juta pound sterling tersebar baru-baru ini.

Pemain berusia 26 tahun itu diumumkan sebagai pemain ketiga dibawa masuk ke Anfield pada musim panas ini.

Naby Keita dan Fabinho sudah tiba di Anfield awal musim panas ini untuk memantapkan barisan tengah Jurgen Klopp.

Kehadiran Shaqiri berupaya membantu memperkukuhkan jentera serangan Liverpool selain kelibat Roberto Firmino, Mohamed Salah dan Sadio Mane.

Shaqiri sedang bercuti selepas Switzerland tersingkir daripada saingan Piala Dunia.

Namun dia dilaporkan akan menyertai rakan pasukan baharunya pada latihan pra musim minggu depan.

Bekas pemain Bayern Munich itu lulus pemeriksaan kesihatan dengan Liverpool pada Jumaat.

Dia akan menyarung jersi No.23.

“Saya amat gembira berada di sini. Ia kelab besar dengan sejarah hebat, pemain handal dan juga jurulatih menakjubkan.

“Sebagai seorang pemain anda mahu berada di tahap tertinggi dalam bola sepak. Beberapa tahun lalu saya mahu datang ke sini tetapi ia tidak berlaku.

“Saya amat gembira berada di sini akhirnya. Saya mahu memperbaiki diri sendiri dan mahu menjadi yang terbaik. Itu sebab saya berada di sini,” kata Shaqiri. – mStar Online

Tags: LiverpoolXherdan Shaqiri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

21/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Bekas bintang Barcelona dan ​Liverpool, Luis Garcia sah menyertai pasukan gergasi Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta'zim...

Real Madrid Aibkan Liverpool

07/04/2021
0

ANKARA - Kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid meraih kelebihan dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-juara Eropah UEFA apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd