• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasat Secara Adil Kes Kematian J. Soosaimanicckam

oleh Ahmad Albab
13/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) diminta melakukan siasatan segera dan mengeluarkan laporan terperinci berhubung kes kematian Pegawai Kadet Graduan (PKG) J. Soosaimanicckam, ketika menjalani latihan di KD Sultan Idris, Lumut pada 19 Mei lepas.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dalam kenyataan medianya hari ini turut memberi jaminan siasatan kes itu akan dijalankan secara bebas dan adil.

“Saya memberi jaminan bahawa siasatan ini akan dijalankan secara bebas dan adil serta tiada sebarang “cover up”. Saya juga merayu agar pihak keluarga mendiang bersabar dan menunggu sehingga siasatan selesai dijalankan,” katanya.

Mohamad Sabu berkata tindakan tegas akan diambil sekiranya terbukti ada pihak yang terlibat dalam salah laku sehingga menyebabkan kematian PKG J Soosaimanicckam.

Semalam, keluarga PKG, J. Soosaimanicckam menuntut TLDM dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memberi penjelasan terperinci berhubung kematian pegawai kadet berkenaan.

Peguam keluarga mendiang, N. Surendran berkata timbul kemusykilan berhubung punca kematian Soosaimanicckam memandangkan laporan awal menyatakan beliau meninggal dunia akibat paru-paru berair sedangkan laporan perubatan sebelum menjalani latihan menyatakan mendiang seorang yang sangat sihat.

Portal berita tempatan pada 20 Mei melaporkan Ketua Polis Daerah Manjung ACP Muhammad Hanif Othman sebagai berkata siasatan forensik mendapati mangsa meninggal dunia akibat paru-paru berair dan tiada sebarang unsur jenayah atau serangan fizikal. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: Kes KematianMohamad Sabu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keluarga Rayu Saksi Tampil Bela Kematian Amirul

Keluarga Rayu Saksi Tampil Bela Kematian Amirul

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Lebih 50 hari berlalu sejak tragedi meragut nyawa Muhammad Amirul Shafiq Abdullah, 20, namun keluarganya terus menunggu keadilan...

Kenaikan Harga Siling Beras Putih Tempatan Akan Dimuktamad Oktober Ini – Mohamad Sabu

Kenaikan Harga Siling Beras Putih Tempatan Akan Dimuktamad Oktober Ini – Mohamad Sabu

10/06/2024
1

SERDANG : Keputusan mengenai kenaikan harga siling beras putih tempatan (BPT) akan dimuktamadkan sebelum Oktober ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd