• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shafie Mahu Bina Banyak Gereja Di Sabah

oleh
13/07/2018
dalam Gaya Hidup, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKAN sesuatu yang pelik jika orang luar datang ke Sabah terpegun menyaksikan banyak gereja di sepanjang jalan kawasan luar bandar yang indah seolah-olah berada di sebuah negara maju Eropah.

Dengan hampir 30 peratus penduduknya beragama Kristian (kedua tertinggi selepas jirannya, Sarawak), Sabah suatu ketika pernah dianggap sebagai hab Kristian Malaysia sehinggalah UMNO masuk ke negeri itu pada 1991 lalu.

Ia menyaksikan dakwah Islam kembali pesat di Sabah sehinggalah Barisan Nasional (BN) tumbang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lepas kepada Parti Warisan Sabah, iaitu sekutu blok Pakatan Harapan (PH).

Keadaan ini mulai dirasai umat Islam di Sabah apabila kerajaan negeri itu mula pinggir syiar Islam dengan memberi jaminan kepada rakyatnya untuk membina lebih banyak rumah ibadat kepada komuniti Bumiputera bukan Muslim.

Ini terbukti apabila Ketua Menterinya, Datuk Seri Shafie Apdal ketika berucap dalam acara keagamaan di sebuah gereja memberi jaminan kerajaan ditadbir Parti Warisan Sabah akan menunaikan janji bina lebih banyak gereja.

“Saya memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan membantu membina gereja-gereja. Kita juga akan memberi elaun kepada pastor jika situasi kewangan negeri membenarkan,” katanya seperti dilapor portal berita The Star.

Ini mencetuskan persoalan cepumas apabila Shafie lebih mengutamakan golongan Kristian, malahan beliau telah mengadakan perbincangan berhubung isu itu konon bagi laksana aspirasi dan harapan daripada kepimpinan baru.

Apakah Shafie terpaksa tunduk kepada tekanan kuat bukan Islam yang banyak mengundi calon Parti Warisan Sabah berbanding masyarakat Bumiputera Islam yang terus tegar setia sokong UMNO dan BN lebih daripada 20 tahun.

Untuk rekod, Shafie hanya berjaya dilantik sebagai Ketua Menteri selepas peroleh majoriti mudah 35 kerusi yang dimenangi Parti Warisan Sabah bersama sekutunya dalam PH iaitu PKR dan DAP serta enam ADUN daripada BN.

Mereka masing-masing empat wakil UMNO dan dua daripada UPKO berpaling tadah kepada Parti Warisan Sabah dalam permainan politik licik PH seperti mana berlaku terhadap komponen BN Sarawak. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: GerejaSabahShafie Apdal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd