• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MP BN Mohon Batal Petisyen Calon PKR

oleh Ahmad Albab
12/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Cameron Highlands Datuk C. Sivarraajh memohon untuk membatalkan petisyen pilihan raya dikemukakan calon PKR bagi kerusi Parlimen kawasan itu, M. Manogaran bagi mencabar keputusan pilihan raya yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN) berkenaan.

Peguam Nik Alia Hanafi, yang mewakili Sivarraajh memberitahu pemberita, anak guamnya memfailkan permohonan untuk membatalkan petisyen itu hari ini, dan 19 Julai ditetapkan untuk pengurusan kes selanjutnya.

“Mahkamah juga menetapkan 3 September hingga 20 September untuk pendengaran petisyen pilihan raya berkenaan,” katanya selepas pengurusan kes di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azizah Nawawi hari ini yang turut dihadiri peguam M. Rajendrakumar, mewakili Manogaran.

Pada 4 Jun lepas, Managoran, 59, selaku pempetisyen memfailkan petisyen bagi memohon perisytiharan bahawa keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lepas bagi Parlimen Cameron Highlands terbatal kerana melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 atas dakwaan responden (Sivarraajh) merasuah pengundi daripada komuniti Orang Asli untuk mengundinya.

Mengikut petisyen itu, Manogaran mendakwa Sivarraajh yang berkempen bersama-sama Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang kini Menteri Besar Pahang, telah memberi rasuah antara RM30 hingga RM1,000 kepada pengundi Orang Asli melalui beberapa Tok Batin bagi memastikan mereka mengundi BN dan tidak mengundi calon-calon lain dengan kawasan itu menyaksikan pertembungan lima penjuru.

Manogaran juga mendakwa Wan Rosdy, yang juga ADUN Jelai bagi tiga penggal berturut-turut sejak PRU11, amat terkenal dalam kalangan pengundi di kawasan itu.

Wan Rosdy juga didakwa bertanggungjawab untuk memperkenalkan Sivarraajh kepada pengundi Orang Asli yang sejak dahulu kurang mempercayai orang luar, katanya.

Pada PRU14, Sivarraajh memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan memperoleh undian sebanyak 10,307 untuk menewaskan empat calon lain. – BERNAMA

Tags: Datuk C. SivarraajhPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Kekal Menyokong PMX! – Ketua Wanita PKR Cabang Kota Melaka

Saya Kekal Menyokong PMX! – Ketua Wanita PKR Cabang Kota Melaka

21/05/2026
0

MELAKA - Seorang pemimpin cabang Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri menegaskan beliau akan kekal menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri...

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jentera parti itu memastikan kerusi Parlimen Pandan kekal milik Parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd