• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rugi RM6,500 Kerana Percaya Jalan Pintas Bebas Suami

oleh Cj Mnh
12/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang suri rumah kerugian RM6,500 setelah berurusan dengan individu yang mendakwa sebagai ‘pegawai polis’ yang kononnya boleh membantu pembebasan suaminya yang dalam tahanan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa berusia 37 tahun yang berasal dari Taman Sentosa, Jerantut dekat sini, mendakwa dirinya dimaklumkan tentang penahanan suaminya pada petang 4 Julai lepas.

Mangsa difahamkan mempercayai panggilan telefon yang kononnya dibuat seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut kerana suaminya yang berusia 40 tahun telah empat kali ditangkap kerana kesalahan berkaitan dadah.

“Suspek mendakwa boleh membantu melepaskan suami mangsa jika dia membayar RM5,000 namun selepas tawar-menawar, jumlah yang dipersetujui adalah sebanyak RM4,000.

Mangsa telah membuat bayaran pada pukul 4.30 petang hari yang sama dan tidak lama kemudian menerima semula panggilan daripada suspek mendakwa wang tersebut tidak mencukupi,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir menambah suspek telah menyuruh mangsa menambah wang sebanyak RM2,500 yang dituruti mangsa.

Katanya, mangsa diberitahu bahawa suaminya akan dibebaskan pada 9 Julai lepas, kerana keadaan ‘pegawai polis’ tersebut yang sibuk menyebabkannya tidak dap at membantu melakukan perkara itu secara segera.

“Pada tarikh yang dijanjikan, mangsa datang ke IPD Jerantut untuk menjemput suaminya, namun dimaklumkan bahawa tiada sebarang pembayaran dibenarkan atau berlaku untuk urusan pembebasan itu,” katanya.

Mohd Wazir menambah mangsa yang merasakan dirinya ditipu membuat laporan polis di balai yang sama pada hari tersebut.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

** Sekadar Video Hiasan..

Tags: ditipumenyamar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd