• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kertas Kerja Bernama, RTM Diserah Sebelum Hujung Bulan

oleh Ahmad Albab
12/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bernama dan RTM diarah menyerahkan kertas kerja cadangan penggabungan kedua-dua organisasi itu menjelang hujung bulan ini, sebelum keputusan muktamad mengenainya dibuat dalam masa terdekat, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Menyifatkan penggabungan itu agak ‘kompleks’ beliau, bagaimanapun menjamin semua aspek penting antaranya jumlah pekerja, kos dan saluran berita akan diteliti sepenuhnya sebelum apa jua keputusan dibuat.

“Misal kata kalau kita ada gabungan, siapa bertanggungjawab kumpul maklumat dari segi berita, siapa bertanggungjawab dari segi siapkan proses siaran berita,

“Ia juga melibatkan soal kita ada lebihan tenaga kerja…satu perkara penting untuk saya,” katanya selepas selesai lawatan kerja ke tapak pembangunan Media City, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datuk Zulkefli Salleh, Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran Strategik RTM Abdul Muis Sheffi dan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad Datuk Seri Syed Faisal Albar.

Gobind turut menjelaskan setakat cadangan penggabungan diumum hujung bulan lepas, beberapa siri perbincangan mengenainya telah dilaksanakan, dengan kedua-dua entiti media di bawah pengurusan Kementerian Komunikasi dan Multimedia itu menyuarakan banyak cadangan yang baik.

Beliau percaya gabungan yang dianggap akan membentuk sebuah ‘Dapur Media’ itu, akan dapat membiayai lebih banyak pelaburan untuk kandungan siaran, dengan lebihan dana hasil penjimatan kos pengurusan.

Terdahulu, beliau yang diberi taklimat mengenai status pembinaan Media City, berkata bahawa fasa pertama daripada tiga fasa, melibatkan pengubahsuaian pada bangunan sedia ada dijangka siap sepenuhnya September ini.

Bagi fasa kedua melibatkan kerja-kerja sama seperti fasa pertama, katanya dijangka siap pada Jun tahun depan dan fasa ketiga melibatkan urusan membina dan melengkapkan kemudahan baharu pula dijangka siap pada Jun 2020.

“Saya dimaklumkan kos sedia ada cukup untuk tampung pembinaan dan saya juga dimaklumkan mereka lebih awal dari jadual,” katanya.

Media City yang dicadang kerajaan pada 2009, dibina di atas tanah seluas 27.11 hektar di Angkasapuri dan menelan belanja RM860 juta. – BERNAMA

Tags: BernamaRTM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Ridhuan Tee Dakwa Kena ‘Gam’ Lepas PRU-15

Ridhuan Tee Dakwa Kena ‘Gam’ Lepas PRU-15

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Penceramah agama yang juga penganalisis politik, Dr. Ridhuan Tee Abdullah mendakwa beliau 'digam' daripada bersiaran di RTM...

RTM Henti Sementara Siaran Siri Animasi ‘Santiago Of The Seas’

RTM Henti Sementara Siaran Siri Animasi ‘Santiago Of The Seas’

17/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghentikan sementara siaran siri animasi 'Santiago of the Seas' di TV2 susulan aduan penonton...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd