• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kylie Jenner Bakal Bilionair Muda

oleh
12/07/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BINTANG realiti televisyen, Kylie Jenner dilaporkan bakal bergelar jutawan bertaraf bilionair termuda atas usaha sendiri di Amerika Syarikat, susulan kejayaan syarikat kosmetik miliknya yang dilancarkan dua tahun lalu.

Majalah Forbes melaporkan, Jenner, 20, yang juga adik tiri bintang realiti, Kim, Khloe dan Kourtney Kardashian menubuhkan Kylie Cosmetics pada 2016, yang menawarkan kit gincu bibir bernilai AS$29 (RM117).

Sejak dilancarkan, ia berjaya mencatatkan jualan lebih AS$630 juta (RM2.54 bilion).

Forbes menganggarkan syarikat milik Kylie bernilai hampir AS$800 juta (RM3.2 bilion) dan dia menguasai sepenuhnya atau 100 peratus Kylie Cosmetics.

“Selepas digabungkan segala pendapatan yang diperoleh dari program televisyen, tajaan, pengiklanan dan dividen selepas cukai syarikat miliknya, Kylie dipercayai bernilai AS$900 (RM3.63 bilion).

“Dia dijangka menjadi jutawan bertaraf bilionair hasil usaha sendiri termuda bagi kategori wanita atau lelaki dalam tempoh setahun,” lapor Forbes.

Dalam satu temubual dengan Forbes, Kylie mendedahkan media sosial banyak membantu kejayaannya.

“Media sosial adalah satu platform yang amat menakjubkan. Ia memberi saya akses yang mudah kepada peminat dan pelanggan,” katanya.

Sementara itu, Kylie mula mendapat perhatian selepas terbabit dalam rancangan realiti televisyen ‘Keeping Up with the Kardashians’ bersama ibu dan adik-beradiknya. – Reuters

Tags: bintang hollywoodKylie Jenner
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kylie Jenner Sambut Hari Lahir Atas Kapal Equanimity

05/08/2019
0

JUTAWAN, model dan bintang realiti televisyen dari Amerika Syarikat, Kylie Jenner akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-22 di atas...

Mendiang Stan Lee Diraikan Ratusan Peminat, Selebriti

02/02/2019
0

LOS ANGELES - Legenda buku komik Stan Lee, yang menghidupkan fantasi adiwira dalam budaya popular menerusi watak-watak seperti Spider-Man, Iron...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd