• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jho Low ‘Masuk’ Ke China Pula…

oleh Ahmad Albab
12/07/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AHLI perniagaan yang menjadi buruan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low dipercayai sudah melarikan diri ke China.

Laporan mengenai Jho Low dipercayai pergi ke China itu dibuat portal berita South China Ming Post (SCMP) dan mendakwa jutawan terbabit yang kini menjadi pelarian sudah meninggalkan Macau sejak beberapa hari lalu.

Dalam laporan itu, laman berpangkalan di Hong Kong itu turut memetik sumber yang memaklumkan Jho Low meninggalkan Macau dengan menaiki sebuah kereta atau jet peribadi yang disewa khas.

“Jho Low sudah meninggalkan Macau dan dipercayai kini berada di China. Namun, lokasi tepat Jho Low di China itu tidak ketahui,” lapor SCMP, hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, hari ini turut mengesahkan ahli perniagaan itu sudah meninggalkan Macau.

Katanya, makluman mengenai status Jho Low diperoleh daripada pihak berkuasa Macau yang mengirim satu emel, dua hari lalu memaklumkan lelaki itu tidak lagi berada di negara berkenaan.

“Dua hari lalu kita ada menerima emel daripada pihak berkuasa Macau memaklumkan mengenai kedudukan Jho Low.

“Dalam emel itu disebut Jho Low sudah meninggalkan Macau dan destinasinya selepas itu tidak diketahui,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada Program Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke-211 di Bukit Aman, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Pengarah Pusat Darah Negara, Dr Noryati Abu Yamin.

Katanya, PDRM sedang mengenal pasti lokasi terkini ahli perniagaan itu berada dan percaya Jho Low menggunakan pasport lain untuk bergerak dari satu negara ke satu negara lain selepas pasport antarabangsa yang dikeluarkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) miliknya dibatalkan.

“Kita percaya, dia bergerak dari satu negara ke negara lain menggunakan pasport lain. Ini kerana, pasport antarabangsa miliknya sudah dibatalkan oleh Jabatan Imigresen,” katanya.

Pada Jun lalu, Jho Low dikesan berada di Hong Kong dan PDRM sudah menghantar pegawai ke negara berkenaan bagi menahannya.

Namun, usaha itu gagal berikutan Jho Low sudah meninggalkan negara itu sebelum ke Macau dengan menaiki feri. – myMetro Online

Tags: Jho Lowpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd