• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

12,771 Warga Emas, Orang Asli Terima Lesen B2 Tahun Lepas

oleh Ahmad Albab
08/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DENGKIL – Sebanyak 12,771 warga emas dan Orang Asli menerima lesen motosikal kelas B2 menerusi 35 program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) yang diadakan di seluruh negara, tahun lepas.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pada awal tahun ini pula sebanyak 1,988 orang berjaya mendapat lesen menjadikan jumlah keseluruhan 75,316 orang menerima manfaat sejak program SKSJ diperkenalkan pada 2009.

“Kalau mereka mengambil lesen melalui institut memandu biasa mereka akan dikenakan sekurang-kurangnya RM400 tetapi di bawah program SKSJ mereka hanya dikenakan bayaran RM170.

“Mereka kebanyakannya menggunakan motosikal untuk pergi kerja tetapi sukar nak dapatkan lesen sebab tak mampu atau tiada kemahiran komputer, jadi pegawai kita turun membantu dengan mengadakan ujian secara lisan dan bertulis,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penyampaian lesen memandu percubaan (P) kelas B2 kepada 434 warga emas dan masyarakat Orang Asli, di sini, hari ini.

Menurutnya, program itu akan terus dilaksanakan terutama di kawasan luar bandar bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Katanya, JPJ akan melaksanakan tiga lagi program SKSJ di Selangor pada tahun ini iaitu di Kapar, Rawang dan Pulau Carey dengan sasaran 1,500 calon.

SKSJ bertujuan membantu warga emas berumur 45 tahun ke atas dan Orang Asli berumur 21 tahun ke atas untuk mendapatkan lesen memandu percubaan (P) kelas B2 bagi menjalani kehidupan harian dan meningkatkan kesedaran berhubung keselamatan jalan raya. – BERNAMA

Tags: JPJLesen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menyeru orang ramai memanfaatkan perkhidmatan digital sebagai langkah praktikal membantu menjimatkan kos...

‘Keadilan Mesti Ditegakkan, Anthony Loke, Do Something!’

‘Keadilan Mesti Ditegakkan, Anthony Loke, Do Something!’

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - “Cukuplah!” Itu luahan tegas Ahli Parlimen Jerantut, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berhubung kemalangan maut membabitkan pemandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd