• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes HFMD Di Kedah Naik 32.4%

oleh Ahmad Albab
12/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jumlah kes penyakit tangan, kali dan mulut (HFMD) di Kedah meningkat sebanyak 32.4 peratus iaitu sebanyak 834 kes sehingga 7 Julai lalu berbanding 630 kes dilaporkan dalam tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata sehingga kini daerah Pendang mencatatkan peningkatan tertingi iaitu sebanyak 120.7 peratus diikuti Langkawi (118.8 peratus) dan Kuala Muda (105.3 peratus).

Meskipun, terdapat peningkatan kes namun tiada Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska), pusat jagaan kanak-kanak atau sekolah ditutup di negeri ini kerana tiada jangkitan serius atau kematian dilaporkan, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata bagi menghalang penularan virus HFMD, orang ramai perlu memastikan kebersihan premis terutama peralatan yang digunakan oleh kanak-kanak dengan membersihkan dan menyahkuman meja, kerusi serta alatan mainan kanak-kanak tersebut.

Selain itu, katanya, pengusaha premis taska, pusat jagaan perlu membuat saringan di pintu masuk bagi menasihatkan kanak-kanak yang ada gelaja jangkitan supaya tidak hadir ke sekolah bagi mengelak jangkitan kepada kanak-kanak lain di premis berkenaan.

“Kebiasaan jangkitan adalah ringan dengan gejala demam diikuti ruam melepuh pada tangan, kaki, mulut dan lidah dan hampir keseluruhan pesakit yang menghidap penyakit HFMD pulih tanpa rawatan dalam masa tujuh ke 10 hari.

“Saya nasihatkan ibu bapa berwaspada dengan penyakit ini kerana sehingga kini tiada vaksin atau ubat untuk mencegah jangkitan HFMD,” katanya.

Beliau berkata, HFMD disebabkan oleh enterovirus dengan majoriti kes disebabkan oleh Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus-71 (EV71) dan merebak melalui kontak dengan air liur, cecair lepuh dan najis.

Beliau meminta ibu bapa atau pengasuh yang mengesyaki anak di bawah jagaan mereka mempunyai tanda jangkitan HFMD diminta supaya melaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk tindakan kawalan dan pencegahan.

Di samping, katanya, mereka perlu memastikan anak berada di rumah dan tidak membawa mereka ke tempat awam. – BERNAMA

Tags: HFMDKedah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd