• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Barat Desak Putin Sokong Usaha Damai ‘Terakhir’ Ukraine

oleh Ahmad Albab
08/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUNICH – Pemimpin Barat mencabar Presiden Russia, Vladimir Putin, membuktikan bahawa beliau mahukan perdamaian di Ukraine dan memberi amaran kepada kedua-dua pihak bertelagah bahawa usaha damai Perancis-Jerman mungkin “peluang terakhir” bagi mengelak peperangan.

Dalam satu tindakan dramatik di perhimpunan pemimpin dunia di Jerman, Presiden Ukraine, Petro Poroshenko, menunjukkan pasport dan kad pengenalan tentera yang beliau dakwa dirampas daripada askar Russia jauh ke dalam wilayah Ukraine, iaitu apa yang dikatakan beliau “bukti” kehadiran Russia dalam negaranya.

“Hari ini bekas rakan strategik melancarkan perang tersembunyi ke atas negara berdaulat,” katanya pada Persidangan Keselamatan Munich.

Poroshenko dijadual membincangkan usaha damai menerusi telefon dengan pemimpin Jerman, Perancis dan Russia ketika pertempuran terbaharu di negara bekas Soviet itu meragut lebih 12 nyawa dan Kiev memberi amaran bahawa pemberontak yang disokong Russia merancang serangan terbaharu.

Canselor Jerman, Angela Merkel, menentukan agenda persidangan itu dengan mempersembahkan pelan damai yang beliau dan Presiden Perancis, Francois Hollande, kemukakan kepada Putin di Moscow kelmarin.

“Tidak pasti sama ada ia akan berhasil tetapi saya dan Presiden Perancis berpendapat ia adalah sesuatu yang berbaloi dicuba,” katanya.

Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, turutu menyatakan sokongan kepada pelan damai itu walaupun skeptikal.

“Berdasarkan sejarah terkini Russia, kita perlu menghakimi niatnya, bukan kata-katanya. Jangan beritahu kami, tunjukkan kepada kami, Presiden Putin!” – AFP

Tags: RusiaUkraine
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

13/12/2025
0

BREAKING: Pakistan Mengeluarkan Protes Diplomatik Ke Atas Rusia Selepas Putin Tidak Hadir Pada Pertemuan Dengan PM Shehbaz Sharif Ashgabat, Turkmenistan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd