• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi Dicampak Dari Tingkat 2 Meninggal Dunia

oleh Cj Mnh
10/07/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Bayi lelaki yang baru dilahirkan dan dicampak dari tingkat dua sebuah bangunan di Jalan Hentian 4, Hentian Kajang, di sini, 24 Jun lalu, meninggal dunia, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff, berkata pihaknya dimaklumkan oleh doktor yang merawatnya di Hospital Kajang mengenai kematian bayi berkenaan pada jam 4.53 pagi.

“Akibat kecederaan parah dialami bayi berkenaan, dia disahkan meninggal dunia pada jam 4.53 pagi ketika dalam rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital terbabit.

“Suspek yang juga ibu kandung mangsa berusia 22 tahun sudah dituduh di Mahkamah Seksyen Kajang pada 6 Julai lalu mengikut Seksyen 307 dan 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menyebabkan kecederaan terhadap bayi dan menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi yang masih hidup.

“Bagaimanapun, kami akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi membuat pindaan tuduhan terhadap suspek mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh selepas bayi berkenaan meninggal dunia sehari selepas dia dituduh di mahkamah,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

NSTP melaporkan seorang bayi lelaki dicampak oleh pekerja wanita warga Indonesia dari tingkap bilik air sebuah rumah di tingkat dua sebuah bangunan di Jalan Hentian 4, Hentian Kajang, di sini, 24 Julai lalu.

Bayi berkenaan terjatuh mengenai bumbung sebuah restoran sebelum ditemui di atas jalan berhampiran besi konkrit di belakang restoran berkenaan kira-kira jam 5 petang. – BH Online

Tags: bayicampak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

11/12/2025
0

SEREMBAN: Bayi perempuan berusia setahun meninggal dunia selepas dikatakan diambil ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri dari rumah pengasuh dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd