• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyokong UMNO Tolak Saranan Khir Sertai PPBM

oleh Ahmad Albab
10/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo yang pernah dihukum penjara selama 12 bulan kerana menyalah guna kuasa pada tahun 2007 dikritik netizen penyokong UMNO gara-gara menyarankan ahli UMNO menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Mohamad Khir membuat saranan itu melalui laman Facebooknya hari ini kerana mendakwa beliau menyokong pandangan Perdana Menteri yang juga Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu orang Melayu perlu memiliki satu parti yang dominan untuk mewakili kaum itu di negara ini.

“Pilihan yang ada bagi orang Melayu hari ini sebagai tindakan awal adalah untuk lihat UMNO dan PPBM membentuk satu parti sama ada UMNO perlu `dikuburkan’ atau PPBM perlu mengalah.

“Oleh kerana YAB Tun (Mahathir) telah menyatakan secara jelas PPBM perlu jadi kuat dan dominan dalam Pakatan Harapan ambil alih tanggungjawab UMNO dalam Barisan Nasional (BN) sebelum ini,” dakwanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Bagi memperkuatkan hujahnya, Mohamad Khir turut mendakwa siituasi politik tanah air telah berubah dan konon UMNO tidak lagi dipedulikan lagi oleh orang Melayu terutama golongan muda, malah menjadi bahan tohmahan

Dakwa beliau, UMNO perlu buang ego dan kepentingan peribadi pemimpin serta sanggup turun semula ke bawah menjadi ahli biasa dalam PPBM tanpa sebarang alasan jika benar-benar ikhlas berjuang demi agama dan bangsa.

“Saya tidak rasa dengan biarsituasi ahli UMNO tercari-cari wadah perjuangan baru ini berpecah pecah menyertai parti lain seperti PKR, PAN waima DAP. Ini pasti merugikan orang Melayu seluruhnya juga PPBM secara khususnya,” dakwanya lagi.

Mohamad Khir sebelum ini disabitkan atas pertuduhan menyalah guna kuasa sebagai penjawat awam bagi memperoleh dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta pada 2007 untuk dirinya dan isteri.

Mahkamah Persekutuan pada 29 September tahun lalu mengekalkan hukuman 12 bulan penjara sabitan terhadap Dr Mohamad Khir.

Mohamad Khir yang juga bekas ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Seksyen 7 Shah Alam pada 29 Mei 2007.

Kenyataan itu bagaimanapun dibantah netizen penyokong UMNO yang menegaskan mereka akan setia bersama UMNO dan meneruskan perjuangan parti Melayu tersebut seperti berikut:

Abdul Raoof Ali: “Setelah dipecah pecahkan melayu, diajak pula bersatu. Badigol”

Thalia Ramlee: “Saiz keahlian UMNO lebih besar daripada PBPM Jadi siapa patut mengalah”

Azrarul Irwan Arul: “Maaf Dr Khir bab ni sya xsokong bos … UMNO telah byk jasa nya .. saya tetap bersama UMNO”

Aliah Asyah Ahmad Hajar: “Saya tetap UMNO..sbb banyk jasa dari asalnya…arwah emak abah dah posan …utk anak cucu keturunan..wpn terjadi jgn mengalah..negera ni utk org MELAYU..xkan padamkan sejarah dan fakta yg tepat…sori xkan sokong Madey..cukup2lah dibawah kerajaan nya dah lapok ..pemikiranya dh tak sesuai lagi…klu khir toyo nak pakai proton saga..suka dialah…cuba cermin muka kita semua serupa tak dgn dulu dan sekarang…”

Abu Zar Ttdi Jaya: “Dialah diantara orang yang memburukan nama UMNO, lagi nak cakap macam-macam. Artikel ni tak pelik datang dari dia, yang peliknya kenapa doktor gigi ni tak masuk PPBM lagi?”

Aderien Ahmad: “Jika tuan ingin meninggalkan UMNO diperlisakan…Kami org muda dn akn mewarisi UMNO akan terus bersam UMNO hingga hayat kami di tarik dr halkum!!! Sumpah kami demi Tuhan yang satu utk Islam Melayu dan Tanah Melayu Dulu Kini dan Selamanya!!!”

Gurangak Rongak Guranganrongak: “Mati pun aku tak akan masuk ppbm.parti tun m yang sengaja di ujudkan untuk menghancurkan umno yang telah banyak berjasa pada malaysia dan melayu islam itu sendiri”

Ongah Kau Nie: “Jgnlah kerna marahkan langau..rumah dibakar datok seri…usahlah percaya janji manis org yg snggup melanggar sumpah nye demi kekayaan anak2 beliau..hipokrit sume tu”

Sawal Rahmat: “Mahathir yg angkat khir jd MB..jd dah tentu dia sokong mahathir”

Mohd Ikhwan Hakeem: “Sorry la Datuk Seri Khir, saya tak akan masuk PPBM sbb Umno byk jasa kpd Melayu bukan PPBM”

Ongah Kau Nie: “Jgnlah kerna marahkan langau..rumah dibakar datok seri…usahlah percaya janji manis org yg snggup melanggar sumpah nye demi kekayaan anak2 beliau..hipokrit sume tu”

Mohd Faizal Misbari: “UMNO kekal. Pribumi tutup.Kalau Dato Seri lompat pergi Pribumi, saya tidak fikir ia sebuah tindakan yang perlu dan ia tidak bijak. Orang melayu x perlukan pribumi” – MYNEWSHUB.TV

Tags: Khir ToyoPPBM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

Fahami Dendam Membara PPBM

30/01/2022
0

Tiada apa perlu dihairankan berhubung ugutan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap UMNO. Memang begitulah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd