• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Shafie Batal Saman Musa 3 September

oleh Cj Mnh
09/07/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Mahkamah Tinggi, di sini, menetapkan 3 September depan bagi buat keputusan sama ada menerima atau menolak permohonan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk membatalkan saman bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman yang mencabar pelantikannya sebagai ketua menteri Sabah.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Yew Jen Kie menetapkan tarikh berkenaan selepas mendengar hujah daripada peguam yang mewakili kedua-dua pihak pada prosiding pengurusan kes itu, hari ini.

Mohd Shafie diwakili peguam Datuk Douglas Lind manakala Musa diwakili peguam Tengku Fuad Tengku Ahmad .

Bercakap kepada pemberita, Tengku Fuad berkata sekiranya mahkamah membenarkan permohonan Mohd Shafie untuk membatalkan kes saman itu, pihak Musa selaku plaintif akan membuat rayuan.

Bagaimanapun, jika permohonan Mohd Shafie itu ditolak, mahkamah akan menetapkan tarikh perbicaraan kes saman Musa terhadap Mohd Shafie untuk didengar di mahkamah, katanya.

Pada 5 Jun, Mohd Shafie telah memohon bagi membatalkan saman oleh pendahulunya, iaitu Musa atas alasan bahawa Musa tidak mempunyai sebab munasabah untuk mencabar pelantikannya sebagai ketua menteri pada 12 Mei.

Pada 6 Jun, Musa yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah memfailkan saman baharu terhadap Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan Mohd Shafie bagi menggantikan saman yang difailkan 17 Mei lepas, memohon pengisytiharan Musa kekal sebagai ketua menteri Sabah yang sah. – BERNAMA

Tags: Musa Amansaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 Jun ini untuk mendengar saman pemula difailkan UMNO bagi mendapatkan pengisytiharan supaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd