• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tabung Ikat Jamin Najib Sah Cukup

oleh
09/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYUKUR… Tabung Solidariti Bebaskan Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilancarkan untuk bantu bekas Perdana Menteri bagi bayar baki ikat jamin sebanyak RM500,000 disahkan telah mencukupi.

Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Adam berkata, kini dua anak Ahli Parlimen Pekan itu, Nooryana Najwa dan Norashman dalam proses untuk bayar ikat jamin bapa mereka di mahkamah ibu negara pada hari ini.

Menurutnya, kutipan namun akan diteruskan bagi bantu Najib membayar kos guaman yang dianggarkan berjumlah RM2.4 juta. Tabung tersebut diwujudkan selepas menyedari Najib terpaksa membuat rayuan mencagar rumahnya.

Ini bagi beliau membayar wang jaminan RM1 juta yang ditetapkan oleh pihak Mahkamah Tinggi pada Rabu minggu lalu. Tabung yang diwujudkan sejak 4 Julai lalu berjaya mengumpul sebanyak RM489,166 setakat pukul 10 pagi ini.

Ia disahkan Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Razlan Rafii dan berkata, objektif tabung itu tercapai setelah jumlah yang diperlukan bagi bayar baki wang jaminan bekas pemimpin UMNO itu adalah mencukupi.

“Alhamdulillah, sumbangan untuk bayar sebahagian lagi ansuran wang ikat jamin Datuk Seri Najib telah cukup termasuk selepas ditambah sumbangan ahli Wanita UMNO yang telah berjaya kutip lebih RM200 ribu semalam.

“Terima kasih kepada semua yang telah prihatin menyumbang kepada tabung ini dan telah memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menunjukkan komitmen mereka bersolidariti bersama-sama Datuk Seri Najib.

“Malah tabung ini juga mendapat sumbangan dan bantuan dari pihak tertentu di Indonesia, Kanada dan Singapura,” kata Razlan kepada pihak pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di ibu kota pada Isnin.

Tabung solidariti itu diwujudkan secara spontan selepas ratusan akaun Najib dan ahli keluarganya dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia konon dikaitkan dengan kes 1MDB. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Najib Tun Razaktabung solidariti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd