• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CEO TV AlHijrah Pun Kena Letak Jawatan

oleh
08/07/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERUNDUR… TV AlHijrah mengumumkan peletakan jawatan Datuk Haji Izelan Basar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) stesen penyiaran teresterial tersebut berkuat kuasa 3 Julai 2018.

Unit komunikasi syarikat tersebut dalam kenyataan di ibu negara berkata, sehubungan itu, Ketua Pegawai Operasi, Dr. A Bakar Sarpon sebagai pemangku CEO TV AlHijrah berkuat kuasa secara serentak pada tarikh yang sama.

lzelan yang dilantik sebagai CEO stesen berimej Islam pada 1 April 2016 itu namun tidak dedah alasan pengunduran dan ada penganalisis politik percaya ia disebabkan peralihan kuasa kerajaan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Ini kerana TV AlHijrah dimiliki AlHijrah Media Corporation, sebuah syarikat milik kerajaan yang diletakkan terus di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan dipantau sendiri oleh Menteri Hal Ehwal Agama di pejabat JPM.

Stesen berkenaan mula bersiaran pada 7 Disember 2010 atau 1 Muharam 1431 bersempena dengan Tahun Baharu Hijrah dan dipancarkan secara percuma dari Pusat Penyiaran TV AlHijrah di Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur.

Izelan sebelum itu ialah Penasihat Eksekutif Kandungan Ugama dan Pegawai Khas Pengerusi Astro dan beliau menggantikan Datuk Che Wan Alias Che Wan Abdullah yang telah tamat tempoh perkhidmatan pada 31 Mac 2016.

Ketika di Astro, Izelan bertanggungjawab dalam masa seminggu berjaya melahirkan Astro Oasis, saluran gaya hidup Muslim 24 jam pada 13 Oktober 2007 dan pernah juga terlibat semasa peringkat awal penubuhan TV AlHijrah.

Bekas penyampai berita ntv7 yang juga Pengarang Berita stesen itu memiliki pengalaman luas dengan penglibatan hampir 22 tahun dalam bidang penyiaran bahkan merupakan perintis kepada program berunsur keagamaan.

Antaranya pernah menjadi fenomena di negara ini iaitu Pencetus Ummah, Imam Muda, Ustazah Pilihan, Tanah Kubur, Jemputan Umrah, Khabar Haji, Salam Muslim, Pelayaran Islamik dan Ustaz Kazim – Kalau Dah Jodoh.

Sebelum ini, beliau pernah bertugas di Chase Manhattan Bank, Amanah Merchant Bank, Suruhanjaya Sekuriti, sebelum menyertai ntv7 dan kemudian perunding kepada kandungan politik stesen satelit berbayar Astro.

Sepanjang perkhidmatannya, pelbagai pembaharuan dan kejayaan dilakar. TV AlHijrah malah dinobatkan sebagai TV Islam Terbaik Asia pada 2017 selain jalin kerjasama strategik dengan beberapa stesen TV Islam antarabangsa.

TV AlHijrah yang ketika ini memiliki lebih 200 staf itu juga muncul sebagai stesen penyiaran pertama melafazkan Ikrar Bebas Rasuah anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akhir tahun lalu. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Izelan BasarTV ALHijrah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tular Netizen Kutuk TV AlHijrah Biadab Hina Najib

27/01/2019
0

CELUPAR... Ketika ramai penonton mula gelar TV AlHijrah sebagai TV AlFitnah selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, wartawan stesen penyiaran...

Syafiq Liow Pilih Jalan Dakwah Menuju Mati

08/05/2018
0

NAMA Syafiq Rafiqqin Liow atau lebih mesra dengan panggilan Syafiq, hos saudara baharu atau mualaf yang semakin mengukir nama di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd