• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Salah Guna Kuasa Beku Akaun Famili Najib

oleh
07/07/2018
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BONGKAR… Tindakan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) beku akaun bank bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ahli keluarganya disyaki berunsur dendam.

Menurut Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam, ia berdasarkan kepada kenyataan pernah dibuat oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull pada awal pelantikannya tidak lama dahulu.

Justeru ujarnya, satu laporan polis dibuat pihaknya dengan Civil & Human Rights Movement Malaysia (Charm) di ibu kota semalam bagi gesa pihak polis menyiasat sebarang unsur penyalahgunaan kuasa oleh Mohd. Shukri sendiri.

“Kami buat laporan polis ini bagi pihak Pemantau Malaysia Baru dan Charm ke atas Mohd. Shukri atas tindakan beliau dan SPRM yang telah membekukan akaun bank simpanan junior cucu Najib, Adam Razak, berusia 10 bulan.

“Ia dibeku di bawah Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001. Ia disyaki dibuat dengan niat balas dendam terhadap Najib dan ahli keluarga terdekatnya.

“Ini juga berdasarkan kepada apa yang telah beliau sendiri pernah katakan semasa sidang media di Putrajaya pada awal pelantikannya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM. Pihak polis perlu menyiasat Shukri Abdull dengan segera.

“Beliau jelas salah guna kuasa dan tekan rakyat tak berdosa,” katanya selepas mengetuai lebih 50 penyokong Najib berhimpun di hadapan pusat beli-belah Sogo malam tadi bagi zahir sokongan terhadap Ahli Parlimen Pekan itu.

Sebahagian daripada yang hadir dilihat membawa sepanduk bertulis ‘Kerajaan PH (Pakatan Harapan) Memalukan’, ‘Where’s are Adam’s shoes’ dan ‘Kamu menang kerana fitnah’. Mereka turut bersorak ‘hidup Najib’ dan ‘tolak fitnah’.

Pelakon dan pengarah drama terkenal, Ellie Suriaty Omar turut kelihatan hadir memberikan sokongan. Mengulas lanjut Lokman berkata, tindakan PH beku akaun penyokong pembangkang tanpa alasan munasabah adalah sama seperti tindakan kerajaan Israel kini membekukan akaun bank pejuang Palestin dan ahli keluarga terdekat mereka.

“Tindakan membeku akaun junior Adam yang masih di bawah umur yang menggunakan nama Ibunya, Nooryana Najwa sebaik sahaja ibunya bayar sebahagian daripada duit ikat jamin Najib, jelas tidak munasabah sama sekali.

“Selain Nooryana, pembekuan akaun Ashman Najib, Nizar Najib dan anak sulung Najib, Puteri Norlisa Najib juga jelas memperlihatkan niat jahat bagi menggagalkan usaha pihak keluarga Najib untuk membayar ikat jamin.

“Ini kerana separuh lagi jumlah tersebut iaitu RM500,000 perlu dijelaskan pada hari Isnin ini, untuk menyempurnakan proses ikat jamin,” tegas ahli Majlis Tertinggi UMNO itu lagi. – Mynewshub.TV

Tags: 1MDBLokman AdamNajib Tun RazakSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd