• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Ditemui Maut Di Ladang Sawit

oleh
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LELAKI warga emas yang tidak pulang ke rumah petang semalam, ditemui mati di dalam ladang kelapa sawit miliknya di FELDA Pasoh Dua di Jempol, Negeri Sembilan malam tadi.

Menurut sumber, mangsa, Mun Talib Sommon, 73, sebelum itu dikatakan keluar dari rumahnya pada 3 petang semalam untuk ke kebun kelapa sawit miliknya di tanah rancangan itu.

Katanya, lelaki berkenaan dipercayai ke kebun bagi menebas dan membersih kebun kelapa sawit itu yang turut terdapat dusun durian di dalamnya.

“Bagaimanapun dia tidak pulang ke rumah selepas 6 petang menyebabkan isterinya risau dan memaklumkan perkara itu kepada jiran.

“Beberapa penduduk kemudian mencarinya dan berjaya menemukan motosikal Honda EX5 miliknya di dalam kebun sawit yang terletak kira-kira 12 kilometer dari rumahnya,” katanya.

Beliau berkata, penduduk turut menemukan jasad lelaki berkenaan dalam keadaan tidak berbaju pada 9.30 malam kira-kira 50 meter dari motosikal.

“Warga emas berkenaan dipercayai menanggalkan baju ketika menebas semak dan dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung.

“Arwah turut menghidap penyakit jantung dan tekanan darah rendah berdasarkan rekod kesihatan dan temujanji rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah pada Ogos ini,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Jempol untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – Mymetro

Tags: ladang sawitmautwarga emas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

08/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Keadaan persekitaran pada pagi kejadian kemalangan yang meragut nyawa tiga beradik di Pontian, Johor, Khamis, dilaporkan berjerebu...

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd