• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

A. Aida Dilamar Aktor Muda

oleh
09/07/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOSIP bertebaran sejak Ramadan lalu konon Datuk A. Aida hangat bercinta pelakon muda ternyata cerita benar apabila produser itu menerima kejutan dilamar Wan Ariff Aziz, pada malam Khamis.

Kejutan itu dilakukan oleh Wan Ariff, 29, di sebuah restoran Arab di Kampung Baru, Kuala Lumpur dengan menyarungkan cincin lamaran sambil diiringi petikan gitar oleh sahabat mereka.

“Saya dijemput Ariff untuk keluar makan. Tak sangka pula tiba-tiba muncul kawannya sambil menyanyi dan petik gitar dan adik dia rakam gambar Ariff melamar saya.

“Jujurnya saya amat terharu kerana tidak pernah melalui pengalaman macam ni,” ujar A. Aida kepada mStar Online.

Inilah Wan Ariff… cinta hati terbaharu A.Aida. FOTO: Instagram Wan Ariff.

Menurut A. Aida atau Zaidah Awang, sebelum diminta hadir untuk makan malam bersama itu, Ariff memintanya memakai tudung dengan alasan dia mahu melihat wajah Aida menutup aurat.

Kata A. Aida, dia memenuhi permintaan Ariff itu dan tidak menyangka ada sesuatu kejutan yang dilakukannya.

Ujar A. Aida, dia tersipu-sipu malu ketika dilamar kerana kejadian tersebut turut disaksikan oleh pelanggan restoran berkenaan.

Ditanya apakah perancangan selepas lamaran itu A. Aida, 47, berkata, buat masa ini Ariff sedang melakukan urusan pernikahan dan mereka dijangka akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

“Sebelum lamaran itu rupa-rupanya Ariff sudah uruskan segala dokumen berkaitan urusan nikah dan Insya-Allah… majlis nikah akan diadakan secepat mungkin jika segalanya berjalan dengan baik.

Imej A. Aida ketika memenuhi ajakan Ariff untuk makan malam bersama.

Majlis resepsi pula berkemungkinan akan diadakan di rumah percutian saya di Janda Baik, Pahang pada pada 20 April tahun depan sempena tarikh hari lahir saya,” katanya.

Mengenai hubungannya dengan pelakon Misteri Wan Peah itu A. Aida berkata, mereka sudah saling mengenali tiga tahun lalu namun mula rapat sejak Mei lepas.

Ia apabila Ariff secara kebetulan terlibat dalam filem terbaharu terbitan A. Aida Productions sendiri iaitu Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda.

Kata A. Aida lagi… dia berhasrat memakai tudung selepas perkahwinan mereka nanti sebagai memenuhi permintaan bakal suaminya itu.

A. Aida pernah melalui tiga kali alam perkahwinan sebelum ini termasuklah dengan Ameng (Spring) dan dikurniakan tiga orang anak melalui dua perkahwinannya. – Mstar

Tags: A. AIDAaktor muda
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mas Khan Didenda RM17,000 Curi Wallet Kripto

08/07/2020
0

PELAKON filem Abang Long Fadil 2, Mas Khan didenda RM17,000 atau penjara 26 bulan jika gagal membayar denda itu oleh...

Bekas Suami A.Aida Dibebas Dengan Jaminan Polis

28/06/2019
0

AMPANG JAYA - Bekas suami kepada penerbit terkenal, Datuk A.Aida telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas memberikan kerja sama berhubung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd