• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

15 Maut Gelombang Panas Landa Kanada

oleh
05/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

OTTAWA – Seramai 15 orang maut disebabkan komplikasi akibat gelombang panas yang melanda wilayah timur Kanada pada hujung minggu, lapor agensi berita Xinhua, memetik CTV pada Rabu.

Semua kematian dilaporkan di bandar Montreal, di mana suhu mencecah hingga 40 darjah Celsius dan gelombang panas dijangka berterusan sehingga Jumaat.

Pihak berkuasa bandar Montreal menggesa penduduk mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan penyakit berkaitan dengan haba.

Pegawai bomba juga akan menjalankan pemeriksaan ke atas penduduk yang mempunyai risiko kesihatan, selain menubuhkan pusat penyejukan di kawasan bandar.

Bahagian Ontario Selatan turut dilanda cuaca panas melampau. Semasa sambutan Hari Kanada, indeks kelembapan di Ottawa berada pada 47 darjah Celsius dan yang tertinggi dicatatkan.

Pada Selasa, bandar Montreal melancarkan pelan untuk berdepan cuaca melampau termasuk mengedarkan air minuman kepada kumpulan yang bertugas mengendalikan golongan kelandangan.

Sementara itu, suhu di Toronto, bandar terbesar di Kanada, mencecah 30 darjah Celsius setiap hari sejak  Jumaat. Gelombang panas turut melanda wilayah Atlantik.

Amaran gelombang panas dikeluarkan di Halifax selepas Nova Scotia mencatatkan suhu 30 darjah Celsius.- BERNAMA

Tags: Gelombang Panasmaut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd