• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nabila Berat Hati Berjauhan Keluarga

oleh Ahmad Albab
05/07/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IBARAT bawa diri bersendirian merantau ke negara asing selama sebulan, pelakon Nabila Huda mengakui diburu perasaan bersalah apabila terpaksa berjauhan dengan suami dan anak tersayang.

Nabila, 33, berkata restu suami, Mohd. Izwan Johar atau Bert, 33, sedikit sebanyak meredakan perasaannya, apatah lagi lelaki itu sentiasa memahami kerjayanya sebagai anak seni.

Pelakon filem Munafik itu akan bertolak ke Itali bermula 16 Julai ini untuk menjayakan program travelog di sana dan berkata: “Susah hati juga kerana kami akan berpisah lama.

“Tetapi suami dan anak, Keisha Laila, 8, memahami tanggungjawab serta minat saya. Alhamdulillah kerana hubungan anak dan suami rapat, jadi ia memudahkan saya menjalankan tugas.

Nabila Huda bersama suami dan anaknya

“Suami tidak halang kerana saya ke sana atas urusan kerja. Cuma, hati saya tidak menentu kerana jarang berjauhan begitu lama dengan mereka. Mujur, Bert ada bersama ketika perbincangan program ini dibuat.

“Jadi, dia sudah tahu segala aktiviti saya nanti. Mengikut perancangan, Bert dan Keisha akan menyertai saya pada akhir siri penjelajahan itu nanti untuk bercuti bersama-sama,” katanya.

Nabila berkata, dia teruja apabila dimaklumkan akan dibawa meneroka pelbagai lokasi yang kurang mendapat perhatian pelancong sepanjang pengembaraan itu.

Idea menghasilkan program itu tercetus selepas kejayaannya berkongsi pengalaman menerusi program, #walkoflife ketika di Nepal bersama produksi Libero.

“Saya masih belum mendapat butiran terperinci mengenai lokasi yang bakal dituju. Namun, saya teruja kerana memang gemarkan percutian yang penuh kejutan.

“Banyak perkara yang bermain di minda saya ketika ini, terutama aktiviti bakal dilakukan di lokasi menarik yang sering menjadi tumpuan ramai seperti Rome, Venice dan Milan.

“Tetapi, saya difahamkan produksi dan kedutaan Itali juga akan membawa saya ke tempat yang jarang dikunjungi. Terfikir juga, cabaran yang bakal menanti saya di sana nanti.

“Semua itu dapat diikuti peminat di Instagram saya menerusi #ciaociaonabila,” katanya. – BH ONLINE

Tags: Nabila Hudapelakon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd