• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Meninggal Dunia Selepas Ketuai Bacaan Ikrar

oleh Ahmad Albab
04/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG pegawai polis meninggal dunia selepas mengetuai bacaan ikrar pada Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di Georgetown, hari ini.

Dalam kejadian 9 pagi itu, Deputi Superintendan Ahmad Faisal Ahmad Jalaldin, 51, yang berdiri dalam barisan ketika Ketua Polis negeri, Datuk A Thaiveegan menyampaikan ucapan, tiba-tiba rebah menyebabkan semua yang hadir terkejut.

Beberapa pegawai dan anggota polis bertindak membawa mangsa ke sebuah bilik untuk memberikan rawatan kecemasan.

Thaiveegan turut berhenti berucap dan mengarahkan pegawainya menghubungi ambulans yang tiba tidak lama kemudian.

Ahmad Faisal dibawa ke hospital, tetapi disahkan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.

Thaiveegan menyifatkan mangsa sebagai pegawai yang berdedikasi, rajin dan sentiasa bersedia berkhidmat.

“Kami akan merinduinya,” katanya ketika ditemui selepas mengetuai pegawai polis kontinjen Pulau Pinang menziarahi keluarga Allahyarham, hari ini.

Sementara itu, akaun Facebook (FB) PDRM Pulau Pinang dipenuhi ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Bekas pegawai polis, Chong Ah Chai menulis, Ahmad Faisal seorang pegawai kanan yang amat baik.

“Salam takziah…memang seorang pegawai kanan yang amat baik… April saya pergi Penang (Pulau Pinang) bertugas, dia membantu saya dengan baiknya…amat dihargai.

“Inspektor Sures Taran dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (IPDSPS) menulis, Ahmad Faisal akan dirindui.

“Kami akan merindui tuan… pegawai polis yang baik. Takziah kepada keluarganya.”

Ahmad Faisal mula berkhidmat sejak 1991 dan bertugas di IPK Pulau Pinang bermula 2010. Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan empat anak.

Tags: ikrarmeninggal dunia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat sunat di Surau...

Chuck Norris Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

Chuck Norris Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

21/03/2026
0

HOLLYWOOD, 21 Mac 2026 – Dunia hiburan antarabangsa dikejutkan dengan berita pemergian legenda seni mempertahankan diri dan pelakon terkenal, Chuck...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd