KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya di Langgak Duta kira-kira jam 3 petang tadi.
Pihak SPRM mengesahkan bahawa penahanan tersebut bagi membantu siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion yang sedang disiasat oleh agensi berkenaaan selama ini.
Beliau dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk perintah tahanan reman esok. SPRM dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tangkapan itu dalam tempoh terdekat.
Berita lanjut menyusul.

