• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Haram Sementara Eksport Kayu Balak Demi Rakyat

oleh Ahmad Albab
03/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter
KOTA KINABALU – Keputusan kerajaan negeri untuk mengharamkan sementara eksport kayu balak adalah untuk memastikan sektor perhutanan dapat menyumbang serta memberikan faedah maksimum kepada rakyat di negeri ini secara keseluruhannya, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata untuk tujuan itu, kerajaan akan menjalankan kajian secara mendalam bagi memastikan khazanah hutan di negeri ini sentiasa dilindungi dan diurus secara mapan, selain memastikan bahan mentah kayu yang mencukupi untuk keperluan semasa industri berasaskan kayu di negeri ini dan dapat dibekalkan secara berterusan.

“Kajian ini adalah amat penting untuk menjamin kelestarian industri ini dalam menghasilkan produk berasaskan kayu dan sumbangannya dalam meningkatkan produktiviti industri hiliran dalam mengeluarkan produk tambah nilai yang lain.

“Ini secara langsung akan dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak-anak Sabah, sekali gus boleh mendatangkan kesan limpahan ekonomi kepada masyarakat setempat,” katanya menjawab soalan Datuk Limus Jury (UPKO-Kuala Penyu) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Mohd Shafie berkata tindakan pengharaman eksport kayu balak itu dilihat akan memperkasakan industri pembalakan di Sabah.

“Mengikut rekod pada dua tahun lepas, kerajaan negeri memperoleh sebanyak RM180 juta hasil royalti pendapatan eksport kayu balak berbanding RM150 juta pada tahun lalu.

“Mengapa berlakunya pengurangan hasil pendapatan yang mencecah RM30 juta? Walhal, aktiviti (eksport kayu balak) ini mampu memberikan pulangan yang lumayan. Kita percaya masalah ini berpunca kerana terdapat ketirisan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan negeri kini sedang menjalankan kajian yang menyeluruh tentang pengeluaran lesen konsesi pembalakan yang dikeluarkan kerajaan sebelum ini, termasuk isu yang berkaitan dengan pembalakan haram dan kesannya terhadap kemusnahan hutan, tanah runtuh, pencemaran, dan banjir kilat.

Katanya berdasarkan hasil kajian ini, kerajaan negeri akan mengambil tindakan yang sewajarnya berasaskan kepada prinsip keluhuran undang-undang.

Mengenai hala tuju kerajaan negeri berkenaan industri perabot di negeri ini, Mohd Shafie berkata Sabah merupakan negeri yang kaya dengan sumber alam semula jadi termasuk kayu-kayan.

“Tapi malangnya sejak kita mencapai kemerdekaan hasil kayu-kayan ini tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya kerana kita tahu bahawa kita (kerajaan negeri) hanya mengeksport kayu-kayan sejak awal 60-an sehingga hari ini.

“Perkara ini (pengeksportan kayu)  tidak dapat mendatangkan manfaat sepenuhnya seperti apa yang negara lain buat…seperti Jepun yang tidak mempunyai sumber kayu-kayan yang banyak namun menjadi pengeluar perabot yang terkenal dan mereka mengimport kayu dari negara lain…hal itu sebenarnya mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri juga akan mengkaji dengan lebih mendalam mengenai unsur-unsur pemberian lesen pembalakan.

“Kita tidak mahu orang yang tidak sepatutnya iaitu orang yang tidak berpengalaman mendapat lesen pembalakan. Kita tidak mahu ada unsur monopoli…oleh itu kita akan meneliti mengikut tunas undang-undang dan kita tidak akan teragak-agak untuk membatalkan lesen yang melanggar undang-undang,” katanya.

— BERNAMA

 

AE AE HAZ

Tuesday , 03 July 2018
Tags: balakEKSPORT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MB Pahang Sokong Titah Tengku Hassanal, Stok Pasir Sungai Berpotensi Jana Hasil RM500 juta

MB Pahang Sokong Titah Tengku Hassanal, Stok Pasir Sungai Berpotensi Jana Hasil RM500 juta

09/05/2026
0

KUANTAN - Kerajaan Pahang akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam bagi membincangkan tentang isu eksport pasir...

Malaysia Dapat Kelulusan Eksport Kelapa Segar Ke China – Mohamad

Malaysia Dapat Kelulusan Eksport Kelapa Segar Ke China – Mohamad

17/04/2025
1

PUTRAJAYA: Malaysia secara rasmi mendapat kelulusan mengeksport kelapa segar ke pasaran China menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd